APA SAYA PERLU BUAT???..

Dulu sewaktu saya masih sekolah, ada sesuatu yang paling pahit dalam hidup saya pernah berlaku, saya telah di rogol , saya bukan mahu menceritakan macam mana ia telah berlaku, selepas apa yang berlaku saya kuatkan diri tabah dengan apa yang dah berlaku saya fikir untuk teruskan kehidupan saya dengan lebih baik, dan sekarang saya sudah pun mendirikan rumahtangga selama 6 bulan, saya disahkan mengandung pada 3 bulan selepas perkahwinan, sekarang kandungan saya berusia dalam 5 bulan, saya bahagia sangat , saya selalu menenangkan hati saya dengan memikirkan jantina anak saya yang bakal dilahirkan adalah lelaki, tapi ,bila saya fikir semula macam mana kalau bayi ni perempuan??? Saya tak rasa saya boleh jadi mama untuk jaga bayi perempuan saya dengan baik,saya takut,saya tak nak dia rasa apa yang saya rasa, saya takut , dan apa yang dah terjadi pada saya tu kembali menakutkan hidup saya semula, saya selalu mimpi apa yang dah berlaku pada saya, saya terjaga dari tidur, saya merenungkan dan saya mengangis, saya pun mimpi anak saya yang bakal dilahirkan adalah perempuan dan saya bermimpi dia pun rasa apa yang saya rasa, saya tak mahu itu nerlaku pada dia kelak, saya selalu menagis, selalu,selalu sangat,kalau anak saya perempuan saya tak rasa saya bopeh jaga dia sebaiknya saya takut.. Tolong saya..

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Maafkan sy, kalau sis beragama Islam. Kembalikanlah jiwa & raga kita kepada Allah. Kenapa nak takut dengan masa depan? Masa depan kita boleh diubah dengan mukjizat doa. Doa adalah senjata orang2 Islam. Percaya dengan pertolongan Allah, jangan percaya dengan apa yg kita rasa. Barangkali mungkin itu adalah salah satu muslihat syaitan laknatullah. Jadikan diri kita seorang ibu yg baik & terbaik untuk anak kita. Selain tu tawakkal pada Yang Maha Kuasa. Kesian dekat baby yg dalam perut bila kita asyik fikir macam tu. Ramai lagi ibu2 yg berusaha nak anak & teringin sangat nak ada anak perempuan. Fikir yg positif2 je sis ye🤗 jangan stress2. InshaAllah semoga hidup sis dipermudahkan.

Baca lagi