Oh Anak ?

Dia datang bila ibunya dah give up nak berTTC. Dia datang bagi sign, dia ada. Tapi ibu tak faham. Sebab ibu selalu tertipu dengan perasaan. ? Ibu jumpa doktor nak mintak pain killer, sekali doktor nak scan dulu. Eh? Anak ibu. dah 4 minggu. Ibu tak sedar pun. Kemain ayah tak bagi ibu gerak banyak. Ntah macam mana 1 hari tu ibu rasa sihat, ibu kehulu kehilir jalan. Malam tu spotting. Awak baru 6 Minggu,. Ibu menangis bagai nak rak. Ibu risau, ibu rasa bersalah. Jumpa doktor, doktor scan awk. Eh, awak sihat je. Pandai yaa usik ibu. Semalam, awak 9 minggu. Ibu tengah berehat, rasa lain sangat. Check, darah! Kaki ibu sejuk. Ibu takut. Ibu call ayah, gi kecemasan. 2 jam tunggu baru dapat scan. Eh? Doktor cakap awak sihat je. Elok je jantung tu berdegup. ? Sayangg, kuatnya awak usik ibu. Ni doktor suruh ibu rehat, sambil-sambil pantau kalau ade bleeding lagi. alhamdulillah tak ada bleeding dah. Oh anak, ibu & ayah sayangkan kamu. semoga Allah sentiasa menjagamu.

Oh Anak ?
16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Baby nak ibu dia bagi sepenuh perhatian dekat dia tu. Sama lah kita awak, saya rasa give up nak TTC tengok tengok dah dua bulan lebih. Alhamdulillah sekarang baby dah ada depan mata, 2 bulan 21 hari. Awak kuat tau? Doa selalu🙈

5y ago

itulah. bila dia nak bagi..dia bagi. kita? kena sabar 😊