Sedikit Ilmu Buat Bakal Mommy Yg Nak Dekat Bersalin
Dah sakit nak bersalin ni, ada turun darah. Tapi pegi hospital, Dr kata boleh balik dulu. Biar betul? Haa, sape pernah kena macam ni? Sebenarnya bukan Dr tak nak admit lagi, tapi maybe anda masih dalam Latent Phase of Labour. Fasa bersalin ni ada 2 iaitu Latent Phase of labour dan Active Phase of labour. Turun darah, pecah air ketuban dan sakit perut tu tanda2 nak bersalin. Bila ada tanda tu, Dr akan pastikan anda berada pada fasa Latent atau Active. Dr akan check laluan bersalin sama ada dah terbuka, cervix masih tebal atau dah nipis, membrane dah pecah atau air ketuban dah kelihatan. Jika pemeriksaan menunjukkan laluan masih belum terbuka (0-3cm), cervix masih tebal, kepala baby masih belum turun sepenuhnya, ini menunjukkan anda masih dalam latent phase of labour. Dalam keadaan ini, ibu mungkin diminta pulang dan berehat dahulu di rumah dan datang semula jika sakit semakin kuat, namun faktor-faktor lain akan dipertimbangkan juga seperti keadaan kesihatan ibu sewaktu mengandung, faktor risiko dan lain-lain. Jadi dirumah apa nak buat? ibu perlu berehat, kumpul tenaga, makan secara ringan, kerap buang air kencing. Ibu juga digalakkan berjalan supaya baby lebih cepat turun dan cervix lebih mudah menipis. Kena sentiasa kencing supaya pundi kencing sentiasa kosong, kerana pundi kencing yang penuh akan menghalang kepala baby dari turun ke laluan bersalin. Kena pastikan contraction frequency dan intensity, jika sakit makin kuat dan makin kerap, kena segera ke hospital semula. Bila laluan dah terbuka semakin besar, lebih 3 cm, cervix semakin menipis dan kepala baby semakin turun, anda sudah memasuki active phase of labour. Pada fasa ini, ibu akan dimasukkan ke wad bersalin untuk pemerhatian yang lebih rapi. CTG akan dipasang, IV drip dipasang dan lain-lain persedian untuk melahirkan baby, Dr/nurse akan sentiasa check laluan bersalin untuk memastikan good progress of labour. Kalau laluan masih tidak terbuka atau terlalu lambat, itu dipanggil Poor Progress dan anda mungkin akan terpaksa bersalin secara emergency czer kerana poor progress. Selain itu, keadaan baby juga akan dipantau untuk memastikan dalam keadaan sihat dan tidak lemas. Jika ada tanda-tanda baby nak lemas, emergency czer juga terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan baby dari terus lemas. Semoga bermanfaat penerangan secara ringkas berkenaan fasa sewaktu bersalin. Ramai juga yang bertanya kenapa dah pergi hospital tapi Dr suruh balik dulu.