Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Navdeep Singh Pannu, Obstretrik dan Ginekologi (O&G), TMC Fertility

'Dah hamil 3 bulan tapi tak ada muntah-muntah. Normal ke? Atau saiz perut tak besar macam ibu lain ketika hamil? Atau risau tentang aktiviti harian menjejaskan perkembangan tumbesaran bayi?' Tanya semua soalan anda secara terus bersama pakar jemputan kami iaitu Dr. Navdeep Singh Pannu, Obstretrik dan Ginekologi (O&G), TMC Fertility Puchong pada hari Khamis, 22 Julai 2021, jam 4.30 petang. *NOTA : Segala persoalan diluar daripada topik dan masa yang dijadualkan akan di padam atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Navdeep Singh Pannu, Obstretrik dan Ginekologi (O&G), TMC Fertility
43 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Doc, sy dah 16 week, perot sy setiap hari angin byk.. Mkn awal ke lmbt ke byk sgt angin.. Xtau mcm mna nk buat lg dah.. Lepastu bila angin byk sgt rsa nk muntah.. Da cuba mkn ubat angin bli kt farmasi tp x sesuai.. Mcm mana ye doc?

4y ago

Badan anda menghasilkan lebih banyak progesteron untuk menyokong kehamilan anda. Progesteron ini akan menyebabkan usus anda bergerak perlahan bermakna pencernaan anda menjadi perlahan. Ini membuat gas dalam usus, yang seterusnya menyebabkan perut kembung. Untuk mengurangkan ketidakselesaan anda boleh minum banyak air, makan lebih banyak serat dan bersenam. Kalau berterusan boleh berjumpa dengan doktor.