Sy nak tanya saya dah 9weeks skrg.. tapi alahan makin teruk
Contoh harini satu hari semua yang saya makan saya akan muntah balik. Hilang terus tenaga. Boleh suggest tak apa2 untuk kurangkan loya muntah ni. Terima kasih
Memang awal mengandung selalu mual muntah teruk sikit. Saya dari 6w sampai lah sekarang dah 21w still muntah dan loya teruk. Makan apa pun tak boleh. Awak masa checkup buku boleh je mintak nurse atau doctor ubat tahan muntah. Sebab muntah & loya time pregnant ni tak boleh kontrol Ada orang makan sikit tapi banyak kali okay. Tak loya. Ada orang kunyah chewing gum. Ada orang minum air halia+madu. Ada yang amik ubat okay. Ada yang langsung apa pun tak boleh. Lain badan, lain orang, orang simptom. Awak kena try & error. Kalau ubat okay, then makan ubat je.
Baca lagiSaya pun dulu alahan teruk gila muntah2 non stop. Dh try mcm2 petua pun still muntah. Smpai minum air masak pun muntah. Badan lembik sgt dan mengigil sejuk. Masuk hospital 3 kali kena drip pastu still muntah2 smpai 4 bulan cuma saya pegi amik dkt klinik je drip air sb kena depression masa masuk hospital tu. Serik rasa nk pregnant masa tu tp alhamdulillah masuk 5 bulan makin stable n dh boleh mkn sikit2. Sis boleh pegi check air kencing kt klinik kalau teruk sgt muntah tkut badan dh dehydrate.
Baca lagitgh alami..enjoy jelah...😅 mmg xboleh buat apa..tak makan lagi seksa..sy lebih kpd paksa je makan..even seharian tu terpaksa makan buah shj pn sy akan makan je..😅 nurse ckp elakkan makanan goreng² yg berminyak,yg pedas² semua tu..tp kalau rebus/panggang pn kdg lagi tambah loya..jd sy mkn je apa² pn...utk bekalkan tenaga harian😅 tak fikir sgt psl khasiat awal² ni🤭 fikir nak survivekan perut yg lapar 24h je ni...
Baca lagisaya pulak alahan start dr tau preggy tu sampai la kandungan masuk 4 bulan… lepastu ok dh boleh makan semua.. masa alahan tu saya macam awak la makan apa semua muntah… tapi saya gagah jugak makan sebab nak tenaga kan.. muntah ke x ke belakang kira.. cuma saya memang x boleh langsung bau nasi.. saya mkn benda lain la macam kurma, roti, kuetiau… air pon saya minum air kosong ja. minum air lain semua keluar balik
Baca lagiCoba pakai produknya mama's choice bun. https://shope.ee/9KLw1ZdiEL . Produknya sudah sesuai anjuran IDAI dan FDA, 100% aman. Bisa cek langsung di tokonya >> https://shope.ee/9KLw1ZdiEL , lagi ada free gift barang seharga 87.000 dan voucher diskon 100.000 bun. 5239730
Hi awak, saya first pregnant loss 15kilo, second ni loss 10kilo. Tp kalini kurang sbb saya cari mknn yg bole masuk. Kena try and error. Tp time takbole makan langsung, saya mengharapkan juice orange je tu je sumber tenaga saya. Bykkan bersabar okay ❤️
klo eirah cm sis .msuk kuar wad tu kbiasaan dh .drip air .sbb alahan truk sampai la nk brnk dh .mmg truk .eirah elakkan makan asam, mkn pedas .eirah ambk cm buah buahan cth cm epal merah .xpun roti .sbb yg tu jee blh hdp .nsi tu kdg ii jer
haa sama nasi pun xboleh telan. berat turun mendadak 3kg baru ni pi check. mcm mana nak tahu smpai kena msuk ward ya. risau jgk
Kena try n error mknan & mnuman. Ada yg boleh hilangkn dgn mkn masam/manis tp x smua org berkesan mkn mcm tu. yg penting jgn biarkn perut kosong nti msuk angin lg cpt muntah2. Mcm sy dlu apa pn x jln, layan la alahan smpai 5 bulan.
saya minum air manis sikit pastu makan macam gula2 masam ha tu je la , bab makan try makan selajn dari nasi cth mee ke spaghetti ke try sikit2 jgn smpai perut kosong , try minta ubt tahan munrah tapi ngntuk la 😁
Sama masa saya 9w haritu. Setiap hari muntah, sehari 2 3 kali muntah sampai lembik. Tapi kalau makan buah okay. Maybe you can try apple, kiwi, orange macam tu. Then if okay, try pula makan with yoghurt + madu.
Dreaming of becoming a parent