MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH

Cerita ni akan jadi panjang sangat. Sila beri pandangan dan kata-kata positif. TQ Assalamualaikum.. Period saya pada bulan Mac tak datang. Memang saya dah agak saya pregnant. Tapi sebab nak kan kepastian, saya keluar beli pregnant test di Watsons terdekat pada 18April. Bila test, memang positif pregnant. Rasa teruja sangat dalam masa yang sama macam² saya fikir. Sebab family belum tahu lagi. Orang pertama yang saya bagitahu, mestilah "bf" saya. Pada awalnya dia cepat² ajak untuk berkahwin sebelum 'nampak perut' bagi menutup aib masing-masing. Tapi saya tolak. Bukan tak mahu tapi kami tiada wang simpanan. Sepanjang PKP, kami tidak dapat berkerja & duit simpanan habis digunakan sepanjang PKP. Duit BSH pn kami belum dapat. Permohonan telah dibuat sejak awal April lagi. Tapi sampai sekarang, 4 Mei masih belum ada apa-apa perubahan. Jadi saya membuat keputusan untuk merahsiakan dahulu dari keluarga sehingga habis PKP. Kalau ada duit cash dalam 3-4k lega juga kalau takdir dibuang keluarga :) sekurang-kurangnya dapat tampung untuk sementara Tapi "bf" saya tak berapa setuju. Dia cakap nak berbincang dengan sepupu lelaki dia yang lain. Tiba-tiba dia suruh gugurkan. Siap nak bawak pergi klinik lagi. Dia cakap bukan dia nak gugurkan. Tapi dia fikirkan masa depan nanti. Makin susah sebab kewangan. Macam mana nak beli barang dia nanti? ( Ewah-ewah... Masa sedap tak ingat semua ni? Dah jadi baru menggelabah? ) Jadi saya cuba slowtalk, tu bukan cara yang betul. Ada orang kawin 5-6 tahun tak dapat anak lagi. Kita dah "berzina" ditakdirkan Tuhan bagi anak, kita nak gugurkan? Anak tu rezeki. Kita gugurkan, dah macam kita tolak rezeki Tuhan bagi. Mesej ni pada waktu malam sebelum saya tidur. Dia baca dan bluetick je. Mungkin ambik masa untuk berfikir. Alhamdulillah esoknya dia cakap jangan gugurkan. Betul la tu. Anak ni rezeki kalau kawin nanti lgi banyak rezeki. Rezeki lepas kawin & rezeki dari anak. Dia pun setuju untuk merahsiakan dahulu dari keluarga. InsyaAllah habis PKP ni kami akan jujur kepada keluarga & berkahwin untuk mengHalalkn hubungan. Anak ni tak berdosa. Yang berdosa tu kami. Kami nak tebus dosa ni dengan menjaga anak ni sebaik mungkin. Sekarang dah pregnant 9weeks ? Doakan semoga dipermudahkan segala urusan kami. Doakan kandungan ini sihat. Doakan kami sentiasa tabah dengan apa jua dugaan yang akan datang. Kami hanya makhluk Tuhan yang berdosa. Maafkan kami

MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH
60 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Haii sis. Alhamdulillah for your pregnancy. Bagus la sis rasa nak bertanggungjawab pada bby. Yea betul tu, yg berdosa tu ibu dan ayah. Baby tak ada dosa. Cuma tarafnya sahaja. Tp in shaa allah, dah besar nanti sis explain elok2. In shaa allah dia akan paham. At least, sis xbuang dia. My advise kalau sis nak nikah. Firstly, buat buku pink dulu. Buat dekat kkm jee. Dorang akan support you. And nanti dorang akan set appt utk berjumpa pegawai sosial. On that time laa, pegawai akan tny either sis nk jaga bby sndri or bg pada pihak kebajikan. Then, baru bt permohonan nikah. Sama ada manual atau online depends on ur state stayed. Then, slowly better sis bgtau family. Jgn diam sbb sis kena dptkan pengesahan drpd wali utk nikah nty. If family tak terima, a bit diffucult laa sbb sis kena settlekan permohonan nikah and time htr borang nty bgtau pihak pej agama utk menggunakan wali hakim. If guna wali hakim kena turun naik mahkamah syariah. Dkt sini laa yg lecehnya skit sbb kena tnggu tarikh perbicaraan. Akn delay if pihak keluarga sis xnak sign surat saman tuu. After da dapat kelulusan drpd hakim. Sis bole tros nikah dkt paid sbbny mnggunakan wali hakim yg boleh nikahkah hny pihak di paid shj. Bila sis dah bersalin nty, kebenaran bersalin di hosp gov yg boleh hny parents sis or husb jee. And after dah nikah nty. Sis kena nikah lagy sekali utk keturunan seterusnya. Klo xsis kira masih berzina. Kalau bby dah lebih 3 bulan tak boleh berbin/bintikan ayahnya tp waktu bby belom ckup setahun boleh rujuk jpn utk gunakan nama ayhny. Tp bby tak ad bhgian dlm hak harta atau mewalikan adk beradik jika lelaki. Nikah tuu sah jee tak kira bby dah berapa bulan. Cuma tarafnya shj. Gdlck sis . Jgn stress2 dan jga kesihatan dan kandungan. Warm hug for you sis. Terima kasih kerana tak menambahkan dosa dgn gugurkan.

Baca lagi
5y ago

Btw kos utk nikah tu xsampai pun 1k. Mas kawin ikot negeri. Sis bole google. Range dlm rm80-120 shj. Tp ad tambhan lain ikot laa byrn utk saksi dan jurunikah if nikah dkt paid. Majlis bt kemudian pun xpe. Utk persiapan bby, if nk jimat bole guna adk beradik punya dlu. Or beli yg basic shj. In shaa allah. Allah akan permudahkn niat sis. In shaa allah ad rezeki bby tu nty.