MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH

Cerita ni akan jadi panjang sangat. Sila beri pandangan dan kata-kata positif. TQ Assalamualaikum.. Period saya pada bulan Mac tak datang. Memang saya dah agak saya pregnant. Tapi sebab nak kan kepastian, saya keluar beli pregnant test di Watsons terdekat pada 18April. Bila test, memang positif pregnant. Rasa teruja sangat dalam masa yang sama macam² saya fikir. Sebab family belum tahu lagi. Orang pertama yang saya bagitahu, mestilah "bf" saya. Pada awalnya dia cepat² ajak untuk berkahwin sebelum 'nampak perut' bagi menutup aib masing-masing. Tapi saya tolak. Bukan tak mahu tapi kami tiada wang simpanan. Sepanjang PKP, kami tidak dapat berkerja & duit simpanan habis digunakan sepanjang PKP. Duit BSH pn kami belum dapat. Permohonan telah dibuat sejak awal April lagi. Tapi sampai sekarang, 4 Mei masih belum ada apa-apa perubahan. Jadi saya membuat keputusan untuk merahsiakan dahulu dari keluarga sehingga habis PKP. Kalau ada duit cash dalam 3-4k lega juga kalau takdir dibuang keluarga :) sekurang-kurangnya dapat tampung untuk sementara Tapi "bf" saya tak berapa setuju. Dia cakap nak berbincang dengan sepupu lelaki dia yang lain. Tiba-tiba dia suruh gugurkan. Siap nak bawak pergi klinik lagi. Dia cakap bukan dia nak gugurkan. Tapi dia fikirkan masa depan nanti. Makin susah sebab kewangan. Macam mana nak beli barang dia nanti? ( Ewah-ewah... Masa sedap tak ingat semua ni? Dah jadi baru menggelabah? ) Jadi saya cuba slowtalk, tu bukan cara yang betul. Ada orang kawin 5-6 tahun tak dapat anak lagi. Kita dah "berzina" ditakdirkan Tuhan bagi anak, kita nak gugurkan? Anak tu rezeki. Kita gugurkan, dah macam kita tolak rezeki Tuhan bagi. Mesej ni pada waktu malam sebelum saya tidur. Dia baca dan bluetick je. Mungkin ambik masa untuk berfikir. Alhamdulillah esoknya dia cakap jangan gugurkan. Betul la tu. Anak ni rezeki kalau kawin nanti lgi banyak rezeki. Rezeki lepas kawin & rezeki dari anak. Dia pun setuju untuk merahsiakan dahulu dari keluarga. InsyaAllah habis PKP ni kami akan jujur kepada keluarga & berkahwin untuk mengHalalkn hubungan. Anak ni tak berdosa. Yang berdosa tu kami. Kami nak tebus dosa ni dengan menjaga anak ni sebaik mungkin. Sekarang dah pregnant 9weeks ? Doakan semoga dipermudahkan segala urusan kami. Doakan kandungan ini sihat. Doakan kami sentiasa tabah dengan apa jua dugaan yang akan datang. Kami hanya makhluk Tuhan yang berdosa. Maafkan kami

MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH
60 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Nak tya dulu , dh buat buku pink ke belum ?? Yg sy tahu ,bby yg dikandung dilahirkan kurang dri 6 bulan tarikh nikah ibu dan ayah xboleh di bin/binti kan kpd si ayah..nak tahu lebih brkaitan hukum nie kena gi pej agama.. Ini yg sy tahu lah.. tp byk juga kesan dri perbuatan ibu dan ayah nie akan trpalit pd si anak..

Baca lagi
4y ago

InsyaAllah tiada apa. Doakan yg baik². Allah tu Maha Pengampun Maha Pemaaf. Allah tidak akan berlaku zalim dan kejam terhadap hamba²nya walaupun sebesar mne kesalahan kesilapan dan dosa² yg kita lakukan. Allah Maha Benar. Jd percaya dengan Janji Allah. JanjiNya adalah benar. Apa2 jgn pernah stop memohon keampunan dan kemaafan. Sbb kite ni seorang hamba yg kerdil. Setiap hari ade je dosa baru kita buat. Jgn pernah tinggal solat. Sbb solat tu membentuk kita. Pgg ayt ni 'ihdina siratol mustaqim' :tunjukilah kami jalan yg lurus. Al-fatihah saje amat besar maksudnye terhadap org mukmin.

Kawan suami dia ada anak luar nikah.. Mula tu kami suami isteri masih bertunang ketika itu ... Jadi kawan suami ni.. Nak bagi anak ni masa kami dah selamat khawin... Bila kami dah khawin.. Dia kata tak jadi nak bagi.. Sebab dah sayang kat baby tu... Tak apa.. Itu rezeki dia.. Mungkin dia dah fikir baik buruknya kan...

Baca lagi

Nikah time mengandung SAH.. knp x nikah skrg.?.. ikot undang2 Malaysia..Ank yg lahir kurang dr 7 bln xleh bin ats nama bapak..Kalo lahir slps lebih dr 7 bln blh bin ats nama bapak.. Lgpon akad nikah x perlukan belanja yg bsr dik..Akk kawen dlu..Duit mas kawen Selangor RM80 jer.. Nasihat akk..baik adik akad nikah jer dlu.

Baca lagi
4y ago

Maaf sy betulkan komen kt ats. Nikah tetap sah dalam mazhab shafie. Blh rujuk di pejabat agama. Anak je tak boleh dinasabkan.

Semoga dipermudahkan urusan.. nasihat kak, baik nikah sblm kndungan 6bln.. sian bby kalau lahir nnti berbin kan mak . Mmg ank tu x berdosa.. tp smpai besar dia akan menanggung.. ni pendapat kak sahaja.. Sbb pnh tgk kawan, bila anaknya berbintikan dia.. org lain pandang serong pada ank.. Apapun jg bayi baik² ea

Baca lagi

Bg sy, cpt2 bgtau kluarga dan akad nikah je.xperlu knduri bagai.jika ibu bpa awk xrestu dn halau kluar,awk kna tabah n jga dlu kndungan. Mgkin blh pergi pjbt agma utk dptkn pnyelesaian. Jnji awk nikah dlu ikut nasihat pejbt agma. InshaAllah jika niat awk baik, mudah jalannya.. tahniah bakal jd ibu.

Jgn Lupa daftar buku pink.. xde sijil kahwin tuk buka buku x jd masalah klau klinik ibu dan anak ni.. klinik ibu dan anak menjaga kesihatan ibu dan baby. mereka bkn JPN..so, xde sijil kahwin tu belakang cerita Klau nak buka buku pink.. semoga dipermudahkan urusan..

4y ago

sy pun jd perkara yg sama. skg masi xkahwin lg. dah 7 weeks. moga dipermudahkan... amen..

Tahniah , takpe awk . Kalau skrg awk takde kewangan jgn risau sbb anak tu rezeki . Saya sama jugak dgn awk . xder kewangan , mcm2 fikir macam mana nk besarakan anak nnti . Tapi lepas je bersalin . Siapa sangka kan , mcm-ii rezeki datang. Semoga selamat bersalin ye nnti 😘

Kahwin time hamil boleh Seelokknya kahwin lah sebelum baby tu cukup sifat Selalunya 4bulan dah cukup sifat semua Tapi kalau ikut undang2 mlysia ni bawah 6bulan boleh kahwin dan berbin kan bapa Better nikah je dulu buat yang wajib dan paling penting kena buat buku pink

Baca lagi

Alhamdulillah awk berdua da sedar dan nak bertanggungjawab atas baby...mula2 mmg keadaan akan tegang sikit sbb family pikir malu...tp ingat la ye...kena kuat...sama2 hadap utk baby...mula2 je mak abah marah..lama2 baby pon da lahir insyaallah nenek atok sayang cucu...

Sokay dear! Jaga dia baik ii💘 tu antara rezeki besar Tuhan bagi😊,Tp seeloknya nikah sebelum bayi mencecah 6bulan dlm perut,boleh letak bin kan bakal suami😊,Sory yea bkn teguran tapi skdar nasihat tau,sbb sya faham perasaan awak skrg dear😊