MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH

Cerita ni akan jadi panjang sangat. Sila beri pandangan dan kata-kata positif. TQ Assalamualaikum.. Period saya pada bulan Mac tak datang. Memang saya dah agak saya pregnant. Tapi sebab nak kan kepastian, saya keluar beli pregnant test di Watsons terdekat pada 18April. Bila test, memang positif pregnant. Rasa teruja sangat dalam masa yang sama macam² saya fikir. Sebab family belum tahu lagi. Orang pertama yang saya bagitahu, mestilah "bf" saya. Pada awalnya dia cepat² ajak untuk berkahwin sebelum 'nampak perut' bagi menutup aib masing-masing. Tapi saya tolak. Bukan tak mahu tapi kami tiada wang simpanan. Sepanjang PKP, kami tidak dapat berkerja & duit simpanan habis digunakan sepanjang PKP. Duit BSH pn kami belum dapat. Permohonan telah dibuat sejak awal April lagi. Tapi sampai sekarang, 4 Mei masih belum ada apa-apa perubahan. Jadi saya membuat keputusan untuk merahsiakan dahulu dari keluarga sehingga habis PKP. Kalau ada duit cash dalam 3-4k lega juga kalau takdir dibuang keluarga :) sekurang-kurangnya dapat tampung untuk sementara Tapi "bf" saya tak berapa setuju. Dia cakap nak berbincang dengan sepupu lelaki dia yang lain. Tiba-tiba dia suruh gugurkan. Siap nak bawak pergi klinik lagi. Dia cakap bukan dia nak gugurkan. Tapi dia fikirkan masa depan nanti. Makin susah sebab kewangan. Macam mana nak beli barang dia nanti? ( Ewah-ewah... Masa sedap tak ingat semua ni? Dah jadi baru menggelabah? ) Jadi saya cuba slowtalk, tu bukan cara yang betul. Ada orang kawin 5-6 tahun tak dapat anak lagi. Kita dah "berzina" ditakdirkan Tuhan bagi anak, kita nak gugurkan? Anak tu rezeki. Kita gugurkan, dah macam kita tolak rezeki Tuhan bagi. Mesej ni pada waktu malam sebelum saya tidur. Dia baca dan bluetick je. Mungkin ambik masa untuk berfikir. Alhamdulillah esoknya dia cakap jangan gugurkan. Betul la tu. Anak ni rezeki kalau kawin nanti lgi banyak rezeki. Rezeki lepas kawin & rezeki dari anak. Dia pun setuju untuk merahsiakan dahulu dari keluarga. InsyaAllah habis PKP ni kami akan jujur kepada keluarga & berkahwin untuk mengHalalkn hubungan. Anak ni tak berdosa. Yang berdosa tu kami. Kami nak tebus dosa ni dengan menjaga anak ni sebaik mungkin. Sekarang dah pregnant 9weeks ? Doakan semoga dipermudahkan segala urusan kami. Doakan kandungan ini sihat. Doakan kami sentiasa tabah dengan apa jua dugaan yang akan datang. Kami hanya makhluk Tuhan yang berdosa. Maafkan kami

MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH
60 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Haii sis. Alhamdulillah for your pregnancy. Bagus la sis rasa nak bertanggungjawab pada bby. Yea betul tu, yg berdosa tu ibu dan ayah. Baby tak ada dosa. Cuma tarafnya sahaja. Tp in shaa allah, dah besar nanti sis explain elok2. In shaa allah dia akan paham. At least, sis xbuang dia. My advise kalau sis nak nikah. Firstly, buat buku pink dulu. Buat dekat kkm jee. Dorang akan support you. And nanti dorang akan set appt utk berjumpa pegawai sosial. On that time laa, pegawai akan tny either sis nk jaga bby sndri or bg pada pihak kebajikan. Then, baru bt permohonan nikah. Sama ada manual atau online depends on ur state stayed. Then, slowly better sis bgtau family. Jgn diam sbb sis kena dptkan pengesahan drpd wali utk nikah nty. If family tak terima, a bit diffucult laa sbb sis kena settlekan permohonan nikah and time htr borang nty bgtau pihak pej agama utk menggunakan wali hakim. If guna wali hakim kena turun naik mahkamah syariah. Dkt sini laa yg lecehnya skit sbb kena tnggu tarikh perbicaraan. Akn delay if pihak keluarga sis xnak sign surat saman tuu. After da dapat kelulusan drpd hakim. Sis bole tros nikah dkt paid sbbny mnggunakan wali hakim yg boleh nikahkah hny pihak di paid shj. Bila sis dah bersalin nty, kebenaran bersalin di hosp gov yg boleh hny parents sis or husb jee. And after dah nikah nty. Sis kena nikah lagy sekali utk keturunan seterusnya. Klo xsis kira masih berzina. Kalau bby dah lebih 3 bulan tak boleh berbin/bintikan ayahnya tp waktu bby belom ckup setahun boleh rujuk jpn utk gunakan nama ayhny. Tp bby tak ad bhgian dlm hak harta atau mewalikan adk beradik jika lelaki. Nikah tuu sah jee tak kira bby dah berapa bulan. Cuma tarafnya shj. Gdlck sis . Jgn stress2 dan jga kesihatan dan kandungan. Warm hug for you sis. Terima kasih kerana tak menambahkan dosa dgn gugurkan.

Baca lagi
4y ago

Btw kos utk nikah tu xsampai pun 1k. Mas kawin ikot negeri. Sis bole google. Range dlm rm80-120 shj. Tp ad tambhan lain ikot laa byrn utk saksi dan jurunikah if nikah dkt paid. Majlis bt kemudian pun xpe. Utk persiapan bby, if nk jimat bole guna adk beradik punya dlu. Or beli yg basic shj. In shaa allah. Allah akan permudahkn niat sis. In shaa allah ad rezeki bby tu nty.

CeritA saya pun sama juga.. Seperti niee.... Mula" SAA tak tau punn yg SAA pregnant...time itu pun pkp... First pkp ....mo pi klinik punn susuh mo keluar pernah juga terdetik kt haty SAA yg SAA mahu membeli pregnancy test untuk test betul khh SAA pregnant.... Leps itu tanpa d duga perut SAA semakin ketara Dan byk perbezaan terhadap hormon sAa.. And last ituu sampi bf saa ckp dy mahu SAA gugur kn kandungan tapi SAA tidak mau masa ituu.... Sbb masa itu punnn family SAA tak tau yg SAA pregnant.... Last" SAA berani knn diri untk pulang ke umhh Dan selepas ituu family SAA tau yg SAA pregnant... Dan nasib baikk juga SAA tidak juga berapa bodoh untuk gugur knn kandungg..... Fnily skrgg bby punn dah masuk 35weeks 5days dann sehatt.... It's my stroy life when I was pregnant 😊😊

Baca lagi

Hi sis.. we have a same situation. .😄.. tapi kita ni terbalik.. kalau sy dulu, saya yg nak sgt gugurkn kndungan sy ni sbb mngndung ank luar nikah tp "bf" sy ckp..* jgn gugurkn, baby tu tdk brdosa,takkanlah kita suda buat byk dosa mau tmbh dosa lagi?* then sy menangis xtau mau buat apa.. sy rasiakn kandungn sy ni slma 5 bulan dan diam2 pegi klinik, org2 xsedar pn yg sy mngndung sbb prut xnpk. Syukur fmily bhgian "Bf" baik2 dan x cerewet.. dorng pnjam kn kami duit utk kawin masa sya kndungn 7 bulan.. malu tu mmg ada juga tp mau buat mcm mna juga kn? Tuhan da tentukn.. dan syukur juga bayi sya da nak masuk 6 bulan😄 dan suami pn baik.

Baca lagi

Dik, tahniah sbb bakal dapat baby! Jaga kandungan baik2 ya, jgn stress tau. Anak dlm kandungan x brsalah, adik & bf pn sedar apa yg korg dh buat. Sekarang ni fokus pada kandungan dulu. Jgn terburu2 pasal kahwin. Cari masa untuk brbincang dgn keluarga. Awal2 ni mmg keluarga agak perit utk terima tp dgn izin Allah, diorg akn lembut hati.. Akak doakn baik2 utk adik. Cuba follow aktivis Syed Azmi, minta perlindungan dari Rumah Bonda jika perlu, utk support kewangan & khidmat kaunseling. Jaga diri adik & kandungan ya. Hugs for u 😘🤗

Baca lagi

Bersabar sis.. alkisah sya pun mcm kmu jgak .. jlan cerita kurang lebih sma jak .. biar larh parent dua2 mau bising ka apa ka .. dgar saja mreka berleter .. berleter tu sekjap jak .. xlama pun .. lepas baby kluar nnt xda apa mreka mok ckap lgikk .. benda pun sdah jadi jgak bkan bleh putarkan waktu lgik .. mkin lama mkin besar perut.. but percayalah dlam kmu kekurangan one day kmu pasti ckup .. kmu xkan merasa anak itu menjadi beban but it's a gift from Allah to us .. stay strong yahh .. btw congrats anyway

Baca lagi

Kalau boleh kawin je xpayah tunggu lama2 jngan smpai anak Tu keluar Dulu sbb skarang kalau awak branak dkat hospital sesetengah hospital akan call pihak berwajib untuk ambil ank awak Tu kalau awak nk ank Tu mak ayah atau adik bradik awak kena pegi jumpa diorang nk Jaga baby Tu sy tahu pon Ada kawan penah jadi kes macam ni..harap bagitau je family nn nikah je..xpayah majlis2 buat Yang wajib je..akad nikah nn buat solat kesyukuran sy nn suami pom buat mcm Tu Kos semua Tu xsmpai pom 2000 dlam 1300++ je

Baca lagi
VIP Member

Alhamdulillah..sekurangnya sis dan bf sis bertanggungjawab..tpi kalau sis nk tutup aib... Seeloknya kawin cepat skit.. Sy ade baca jika anak lahir 6 bulan ke atas dri tarikh nikah boleh bin or binti kn bapa... Tpi masa anak nikah nnt contohnya anak itu perempuan.. Ayahnya tidak boleh jadi wali..... Jadi sekadar tutup aib keluarga sis elok kawin 6 or 7 bulan sblom anak lahir...

Baca lagi
VIP Member

wslm...1st thing,Tahniah kerana dah pregnant Dan jujur dengan diri sendiri...2nd,bg tahu family dulu...slow talk dgn mereka sbb usia kandungan baru lagi...then nikah...sambil tu amik appt Kat klinik ibu mengandung utk bukak buku merah....sbb bila nk bersalin nanti...pihak hospital (jksp) akan hubungi Waris terdekat iaitu mak atau ayah...semoga dipermudahkan urusan puan...

Baca lagi

Bagus sis... Mcm ni lah berfikir positif dan matang... Kita kena ingat Tuhan dan dosa.. Akak doakan semoga dipermudahkan segala urusan kamu berdua nanti dgn family ya... Jgn terlalu lama simpan rahsia, cepat lagi bagitau family lagi bagus ye☺️☺️Akak harap kamu berdua selalu bahagia dan berfikir positif... Jgn dgr ejek kan org luar... Buat x tau jerrrr

Baca lagi

Anak makcik pun sekarang dah terlanjur, tetapi anak makcik lelaki..gf dia dah pregnat dlm 4 minggu, atas nasihat kawan2 dalam group ni jugak, akan rujuk ke pejabat agama untuk proses pernikahan mereka. Biar la selesai secepat yang mungkin. Makcik harap urusan awak dipermudahkan juga.