MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH

Cerita ni akan jadi panjang sangat. Sila beri pandangan dan kata-kata positif. TQ Assalamualaikum.. Period saya pada bulan Mac tak datang. Memang saya dah agak saya pregnant. Tapi sebab nak kan kepastian, saya keluar beli pregnant test di Watsons terdekat pada 18April. Bila test, memang positif pregnant. Rasa teruja sangat dalam masa yang sama macam² saya fikir. Sebab family belum tahu lagi. Orang pertama yang saya bagitahu, mestilah "bf" saya. Pada awalnya dia cepat² ajak untuk berkahwin sebelum 'nampak perut' bagi menutup aib masing-masing. Tapi saya tolak. Bukan tak mahu tapi kami tiada wang simpanan. Sepanjang PKP, kami tidak dapat berkerja & duit simpanan habis digunakan sepanjang PKP. Duit BSH pn kami belum dapat. Permohonan telah dibuat sejak awal April lagi. Tapi sampai sekarang, 4 Mei masih belum ada apa-apa perubahan. Jadi saya membuat keputusan untuk merahsiakan dahulu dari keluarga sehingga habis PKP. Kalau ada duit cash dalam 3-4k lega juga kalau takdir dibuang keluarga :) sekurang-kurangnya dapat tampung untuk sementara Tapi "bf" saya tak berapa setuju. Dia cakap nak berbincang dengan sepupu lelaki dia yang lain. Tiba-tiba dia suruh gugurkan. Siap nak bawak pergi klinik lagi. Dia cakap bukan dia nak gugurkan. Tapi dia fikirkan masa depan nanti. Makin susah sebab kewangan. Macam mana nak beli barang dia nanti? ( Ewah-ewah... Masa sedap tak ingat semua ni? Dah jadi baru menggelabah? ) Jadi saya cuba slowtalk, tu bukan cara yang betul. Ada orang kawin 5-6 tahun tak dapat anak lagi. Kita dah "berzina" ditakdirkan Tuhan bagi anak, kita nak gugurkan? Anak tu rezeki. Kita gugurkan, dah macam kita tolak rezeki Tuhan bagi. Mesej ni pada waktu malam sebelum saya tidur. Dia baca dan bluetick je. Mungkin ambik masa untuk berfikir. Alhamdulillah esoknya dia cakap jangan gugurkan. Betul la tu. Anak ni rezeki kalau kawin nanti lgi banyak rezeki. Rezeki lepas kawin & rezeki dari anak. Dia pun setuju untuk merahsiakan dahulu dari keluarga. InsyaAllah habis PKP ni kami akan jujur kepada keluarga & berkahwin untuk mengHalalkn hubungan. Anak ni tak berdosa. Yang berdosa tu kami. Kami nak tebus dosa ni dengan menjaga anak ni sebaik mungkin. Sekarang dah pregnant 9weeks ? Doakan semoga dipermudahkan segala urusan kami. Doakan kandungan ini sihat. Doakan kami sentiasa tabah dengan apa jua dugaan yang akan datang. Kami hanya makhluk Tuhan yang berdosa. Maafkan kami

MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH
60 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Nak tya dulu , dh buat buku pink ke belum ?? Yg sy tahu ,bby yg dikandung dilahirkan kurang dri 6 bulan tarikh nikah ibu dan ayah xboleh di bin/binti kan kpd si ayah..nak tahu lebih brkaitan hukum nie kena gi pej agama.. Ini yg sy tahu lah.. tp byk juga kesan dri perbuatan ibu dan ayah nie akan trpalit pd si anak..

Baca lagi
5y ago

InsyaAllah tiada apa. Doakan yg baik². Allah tu Maha Pengampun Maha Pemaaf. Allah tidak akan berlaku zalim dan kejam terhadap hamba²nya walaupun sebesar mne kesalahan kesilapan dan dosa² yg kita lakukan. Allah Maha Benar. Jd percaya dengan Janji Allah. JanjiNya adalah benar. Apa2 jgn pernah stop memohon keampunan dan kemaafan. Sbb kite ni seorang hamba yg kerdil. Setiap hari ade je dosa baru kita buat. Jgn pernah tinggal solat. Sbb solat tu membentuk kita. Pgg ayt ni 'ihdina siratol mustaqim' :tunjukilah kami jalan yg lurus. Al-fatihah saje amat besar maksudnye terhadap org mukmin.