MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH

Cerita ni akan jadi panjang sangat. Sila beri pandangan dan kata-kata positif. TQ Assalamualaikum.. Period saya pada bulan Mac tak datang. Memang saya dah agak saya pregnant. Tapi sebab nak kan kepastian, saya keluar beli pregnant test di Watsons terdekat pada 18April. Bila test, memang positif pregnant. Rasa teruja sangat dalam masa yang sama macam² saya fikir. Sebab family belum tahu lagi. Orang pertama yang saya bagitahu, mestilah "bf" saya. Pada awalnya dia cepat² ajak untuk berkahwin sebelum 'nampak perut' bagi menutup aib masing-masing. Tapi saya tolak. Bukan tak mahu tapi kami tiada wang simpanan. Sepanjang PKP, kami tidak dapat berkerja & duit simpanan habis digunakan sepanjang PKP. Duit BSH pn kami belum dapat. Permohonan telah dibuat sejak awal April lagi. Tapi sampai sekarang, 4 Mei masih belum ada apa-apa perubahan. Jadi saya membuat keputusan untuk merahsiakan dahulu dari keluarga sehingga habis PKP. Kalau ada duit cash dalam 3-4k lega juga kalau takdir dibuang keluarga :) sekurang-kurangnya dapat tampung untuk sementara Tapi "bf" saya tak berapa setuju. Dia cakap nak berbincang dengan sepupu lelaki dia yang lain. Tiba-tiba dia suruh gugurkan. Siap nak bawak pergi klinik lagi. Dia cakap bukan dia nak gugurkan. Tapi dia fikirkan masa depan nanti. Makin susah sebab kewangan. Macam mana nak beli barang dia nanti? ( Ewah-ewah... Masa sedap tak ingat semua ni? Dah jadi baru menggelabah? ) Jadi saya cuba slowtalk, tu bukan cara yang betul. Ada orang kawin 5-6 tahun tak dapat anak lagi. Kita dah "berzina" ditakdirkan Tuhan bagi anak, kita nak gugurkan? Anak tu rezeki. Kita gugurkan, dah macam kita tolak rezeki Tuhan bagi. Mesej ni pada waktu malam sebelum saya tidur. Dia baca dan bluetick je. Mungkin ambik masa untuk berfikir. Alhamdulillah esoknya dia cakap jangan gugurkan. Betul la tu. Anak ni rezeki kalau kawin nanti lgi banyak rezeki. Rezeki lepas kawin & rezeki dari anak. Dia pun setuju untuk merahsiakan dahulu dari keluarga. InsyaAllah habis PKP ni kami akan jujur kepada keluarga & berkahwin untuk mengHalalkn hubungan. Anak ni tak berdosa. Yang berdosa tu kami. Kami nak tebus dosa ni dengan menjaga anak ni sebaik mungkin. Sekarang dah pregnant 9weeks ? Doakan semoga dipermudahkan segala urusan kami. Doakan kandungan ini sihat. Doakan kami sentiasa tabah dengan apa jua dugaan yang akan datang. Kami hanya makhluk Tuhan yang berdosa. Maafkan kami

MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH
60 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sesungguhnya kalian berdua insan terpilih. Semoga selepas ni kalian berdua dimurahkan rezeki,dikurniakan anak yg soleh solehah,dipermudahkan segala urusan dan terus menjadi muslim muslimah yg lebih baik.tahniah. korg memang da buat keputusan yg tepat.

Hi awk.. Saya pun mcm awk.. Sy mengandung dlu.. Tapi sy x nikah dekat sini, sy nikah dekat Masjid Songkhala.. Atas sebab2 yg sy x mau nk share.. Tapi family semua tau.. Siap buat kenduri bagai..Skrg dah selamat bersalin.. Dan dah daftar nikah kt Malaysia..

Alahmdulillah bilah bf pikir macam tu,tpi sya bf cakap dia nk khawin dkt malaysia ni sebab tkut nnti bila nk balik kg pasti lebh susah nk urus surat2 baby,,lebih baik kita pelihara elok2 sebab allah bagi rezky kita lebih dri pda wang 🙏🙏🙏🙏

VIP Member

Lebih bagus bernikah sblm 6 bulan utk elakkan komplikasi nasab nama ayah. Saya sarankan. Kalau nak berbin kan 99 nama allah awak perlambatkan la. Kalau nak bin nama bapa, percepatkan. Akad di masjid pun boleh kak. Janji scpt yg mungkin

Alhamdulilah..adik xbhajat nk gugurkan anak dlm kandungan yg xbsalah..semoga Allah permudahkn urusan adik utk teruskn hidup..majlis kahwin xperlu buat besar2 pon..org pon faham musim pkp ni..cukup wat yg wajib,angkt nikah & doa selamat je..

Sis kalau sis bernikah sebelum baby 4bln dlm kandungan anak akan dikira cukup taraf bole berbin atau berbinti bapak. Jgn mengandung lbh 5bln bru nk nikah sis nanti jd anak tak ada taraf xbole taruk nama bapa. Goodluck sis. Jaga anak elok2

Sa tabik dgn sikap adik yg berani bertanggungjawab. Apa pun bayi tu tak bersalah. Kesian sangat. Dia masih kecil dan tak tau apa2. Sa pasti keluarga adik akan dpy terima lambat laun. Biasalah kalo mereka marah tp marah sekejap je tu

klau sedar mcm ni alhamdulilah..nanti dua2 buatla solat taubat..seikhls hti mintak allah ampunkan dosa2 silam kite..🤗 baby tak slh k...semoga allah permudh urusan awak bedua..and baby lahir sihat walafiat..

jangan pernah sesekali awak gugur kandungan tu ye , itu rezeki dari Allah , ada yg berkahwin bertahun tahun tapi takde rezeki anak lagi , semoga segala urusan awak berdua dipermudahkan , stay strong okay ❤️

Jalan cerita kita sama saya pon dlam situasi macam awak jugak sekarang 😌 tapi dah 26weeks doakan sy moga dipermudahkan urusan bersalin nanty 😌🤲🏻