Bersalin

Boleh tak share pengalaman bersalin? Sakit contraction tu tahap yg mcm mana? Contraction, Seluk, Deliver baby, Gunting, Jahit. Part mana paling ngeri? And any tips utk 1st time mum deliver baby.

108 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Pengalaman sy pula.. Detect air ketuban makin kurang. Terus admit masuk wad. Doc cek jantung baby alhamdulillah still ok. So boleh la tunggu contraction datang. Doc bagi tempoh sampai esok pagi selepas subuh. Kalau takda contraction juga, kena induced or emergency ceaser. 1st time kena seluk oleh doc perempuan india. Agak agresif sikit tp memandang sy dah prepared mental awal so kuranglah sakitnya. Bukaan masa tu baru 2cm. Malamnya bermula la sesi bersenam dan menari. Supaya ada bukaan lagi. Pastu minum sup panas banyak2. Supaya sakit contractions datang. Malamnya ntah kenapa rasa sakit perut. Ingat nak berak. Tapi peliknya sakit kat pinggang. Macam senggugut. Semalaman tak dapat tido. Rasa sakit yg sekejap kejap datang. Esok paginya baru tau, itulah sakit contractions. Makin lama makin kuat. Alhamdulillah, doc kata x perlu induced. Jantung baby pun still ok lagi. Kali ni doc lelaki melayu pula seluk. Alahai. Segan sangat. Dah la hensem. Adududu. Dia buat gentle je. Tak sakit pun. Doc kata bukaan dah 4cm. Dah boleh masuk LR untuk pecahkan air ketuban. Rasanya dalam LR tak sampai pun 2 jam. Sebab bukaan tiba2 cepat buka. Bukaan dah 10cm, terus doc dan nurse proceed. Tak sampai 15minit lahirlah baby boy sy. Koyak kat bawah tu besar juga la. Sebab tak reti teran. Masa kena jahit tu kekadang terasa juga sakitnya sbb just kena spray saja. Tp masih boleh tahan. Tak melawan sakit contractions. Syukur semuanya selamat dan dipermudahkan. 😊

Baca lagi
5y ago

Pengalaman saya lebih kurng awak mama...warded sebab air ketuban pecah awal...tpi saya kena induced la... Coz, dr.detected air ketuban kurng suda... Sejam lebih d lr, alhamdulillah, lahir baby boy...baby prem 35minggu 4 hari... Rasa contraction kejap ja dan memg kenak gunting dan jahit oleh dr.. Utk mama yg bakal deliver, ingat ja, ini la pengalaman terindah utk mama² yg mana semua org x mengalami nya...think positif ja...bykkan bedoa dan bezikir time tu...inshaaAllah, di permudahkan...