βœ•

2 Balas

saya seorang ibu kpd baby 14 bulan, alhamdulillah, masih menyusu sepenuhnya kepada anak saya. sangat kuat menyusu, bersyukur juga anak sangat jarang sakit. sekarang pregnant anak kedua, masih teruskan bf walaupun ibunya ini lembik kadang2.hehehe. tapi, terus terang, saya bukan fanatik kepada mana2 group termasuk breasfeeding. saya pasti , ramai ibu2 yg nak sangat menyusukan anak pada mulanya, kalau tak, takkan ibu2 dah sedia belikan breast pump ? ibu2 di sana mungkin dh cuba sedaya upaya, tapi kalau ditakdirkan tak keluar juga susu walau apa cara, seorang ibu takkan biarkan anaknya menangis kelaparan. sedangkan bayi2 yg baru lahir jika ditahan di hospital, hospital juga guna susu fm jika tiada bekalan susu ibu. sebagai sesama ibu, support each other, samada bf atau tidak. terutama ibu yang baru melahirkan.sudahnya penat,susu tak keluar. emosi sedih. yang penting, mindset. kalau susu fm pilihan terakhir, terima dengan hati terbuka. insyaallah,anak pun sihat seperti anak2 bf yg lain. minta berdoalah, supaya anak2 kita sihat hendaknya.😊 sedikit tips bg yg sedang usaha untuk bf.jika masih dalam pantang, minta tukang urut, urut urat2 saluran susu,.pengalaman saya, tukang urut akan urut dr peha hingga bawah ketiak sampai nipple sehingga memancut susu keluar. saluran tersumbat katanya.. semasa pantang juga kalau nak milkbooster, buat air rebusan halba, minum suam2, makan kurma. yg penting ibu tak boleh sedih2, emosi kena jaga, susu pun boleh keluar lancar.😊

Ya saya setuju dengan puan. Tapi semoleknya ibu berusaha dahulu sehabis mungkin, berusaha pula harus dengan ilmu yang betul. Rujuk dengan orang yang pakar dalam bidang. Cari ilmu penyusuan sebanyak mungkin. Setiap masalah penyusuan ada cara penyelesaian. Jika memang segala usaha A-Z telah dibuat namun masih tidak diberi rezeki untuk anak maka kita ke pilihan paling akhir. Saya faham situasi ibu kerana saya juga seorang ibu yang sedang berjuang. Namun, kerana saya seorang ibu yang berjuang jugalah saya ingin mengajak semua ibu jangan berputus asa. Ape pun, terima kasih puan atas pandangan.

Jemput join telegram Channel https://t.me/tipspenyusuansusuibu untuk tips penyusuan ibu, resepi milkbooster dll.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan