Bayi 1 bulan 25 hari

Hai ibu-ibu. Kenapa ya baby saya masa menyusu badan dia kuat merengek eh eh macam taknak susu saya. Dah check lekapan, posisi waktu menyusu, buat breast compression( supaya flow laju) @buat scissors technique ( supaya flow kurang) tapi tak jadi. Nape ye? Saya risau sangat. Pastu husband suruh topup susu formula padahal saya nak menyusu badan sepenuhnya.#SeriusTanya #bantujawab #firstmom #ingintahu

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

masa awal2 ke tetengah menyusu ke? anak saya kalau macam ni kadang sebab dia nak burp, jadi stop kejap burp-kan dia, baru dia selesa nak sambung menyusu. dah kenapa nak topup pula? masalahnya apa pun tak kenal pasti lagi kan? ibaratnya kereta habis minyak kita ingatkan rosak, gi beli kereta baru terus. troubleshoot dulu apa yg buat anak tak selesa, cuba selesaikan itu. dia ingat bagi susu formula selesai semua masalah ke? lagi leceh sebenarnya nak cari susu, botol, saiz puting yg sesuai lah nak belajar teknik lah nak bangun tengah malam bancuh susu lah etc.

Baca lagi
4mo ago

@anon, kan? konon sangat BF-friendly tu. waktu nak bersalin je konon tak boleh bawa FM lah etc. pastu bila berat tak naik sikit, terus suruh topup FM. takde ke bagi sebulan dua, buat weighted feed dulu ke tengok latch baby ke buat feeding diary ke check tongue tie ke etc dulu? sis @TT. kalau masa awal2, ada banyak possibility lah kenapa dia tak selesa tu. maybe susu laju/slow sangat, position tak selesa, nak tidur etc. lagi2 baby kecik tu lagi, memang kena try & error. kalau sis pam & bagi dalam botol, dia mahu tak?

buat masa ne tiada keperluan utk topup formula.step pertama,ibu tarik nafas bertenang dulu suami pun kena bertenang jgk. step seterusnya jgn fikir baby taknak menyusu,check kemungkinan baby tidak selesa. try tenangkan baby dahulu,peluk baby bagi dgr jantung mama dulu. lps tu try burp dahulu baru susukan baby and cuba susukan balik

Baca lagi
3mo ago

Biasanya okay je sebab awal2 pagi tu memang banyak susu badan jadi cepat je baby kenyang. Sy pernah jugak antara jam 3-6 pagi tu baby menyusu badan 5 minit je dah tido balik.. tapi nampak happy je dia boleh tidur 2 jam lepas tu

Ada check kalau baby ada tongue tie tak? Anak sedara saya dulu macam ni. Mak dia menyusu pun rsa sakit. Lepastu check doktor bagitahu ada tongue tie. Lepas buat procedure untuk release tongue tie tu baru dia dapat menyusu puas.

4mo ago

tak ada sis. sebelum keluar wad dulu doktor dah check memang takda. saya rasa maybe dia kena sendawa dulu kut baru saya boleh sambung menyusu.

sebelum menyusu pastikan check dulu keadaan baby. kot kembung ke, ada yg buat tak selesa ke. kalau semua dah check baru bf. kalau masih lagi rengek kena tenangkan baby dulu

4mo ago

itula. rasa dia kembung. dia selalu kembung perut juga.

Cuba check keadaan baby dulu. Kadang sebab posisi,kembung perut atau pun baby nak burp. Bagi baby rasa selesa dulu

4mo ago

okay puan. saya cuba terima kasih respons

jgn lupa pastikan jaga jam menyusukan baby selang 3 jam ya

3mo ago

ya puan.

maybe xpuas menyusu kot

4mo ago

itula. saya pun buntu juga. duduk rumah dengan suami aja, orang tua tak ada, nak minta pendapat pape pun kadang susah huhu

TapFluencer

Nak tidur kot

4mo ago

itula. saya pun struggle juga belajar cara tidurkan bayi dengan cepat.