Support breastfeeding
Boleh tak ibu ibu dalam ni saling bagi sokongan pada ibu2 yang mempunyai masalah untuk menyusu ? Sokong mereka dengan teruskan usaha untuk menyusu badan. Jangan la terus suruh ibu bagi formula milk. Tu adalah pilihan yang paling akhir. Kalau boleh jangan pilih pun susu formula. Sangat banyak cara untuk belajar menyusu anak. Sedih saya baca bila ibu2 suruh bagi susu formula. Sedangkan saya pasti semua ibu tahu susu badan adalah terbaik.
saya seorang ibu kpd baby 14 bulan, alhamdulillah, masih menyusu sepenuhnya kepada anak saya. sangat kuat menyusu, bersyukur juga anak sangat jarang sakit. sekarang pregnant anak kedua, masih teruskan bf walaupun ibunya ini lembik kadang2.hehehe. tapi, terus terang, saya bukan fanatik kepada mana2 group termasuk breasfeeding. saya pasti , ramai ibu2 yg nak sangat menyusukan anak pada mulanya, kalau tak, takkan ibu2 dah sedia belikan breast pump ? ibu2 di sana mungkin dh cuba sedaya upaya, tapi kalau ditakdirkan tak keluar juga susu walau apa cara, seorang ibu takkan biarkan anaknya menangis kelaparan. sedangkan bayi2 yg baru lahir jika ditahan di hospital, hospital juga guna susu fm jika tiada bekalan susu ibu. sebagai sesama ibu, support each other, samada bf atau tidak. terutama ibu yang baru melahirkan.sudahnya penat,susu tak keluar. emosi sedih. yang penting, mindset. kalau susu fm pilihan terakhir, terima dengan hati terbuka. insyaallah,anak pun sihat seperti anak2 bf yg lain. minta berdoalah, supaya anak2 kita sihat hendaknya.😊 sedikit tips bg yg sedang usaha untuk bf.jika masih dalam pantang, minta tukang urut, urut urat2 saluran susu,.pengalaman saya, tukang urut akan urut dr peha hingga bawah ketiak sampai nipple sehingga memancut susu keluar. saluran tersumbat katanya.. semasa pantang juga kalau nak milkbooster, buat air rebusan halba, minum suam2, makan kurma. yg penting ibu tak boleh sedih2, emosi kena jaga, susu pun boleh keluar lancar.😊
Baca lagiJemput join telegram Channel https://t.me/tipspenyusuansusuibu untuk tips penyusuan ibu, resepi milkbooster dll.