Please support and give me some motivation ☺️

Boleh tak bagi saya semangat untuk saya bangun semula, saya sebelum ni pernah miscarriege tahun 2021, then setahun 6 bulan jugak ttc untuk preggy yg kedua ni. Sekarang kandungan saya ada dr cakap 5weeks ada dr cakap 6 weeks sebab saya jenis irregular menses. Jadi bacaan minggu detect dari saiz kantung je. Apa yang buat saya paranoid dan risau sangat sangat sekarang adalah saya spotting again. Haritu masa 5 minggu saya spotting 3 hari minimal amount dan after bedrest memang okay. Once start bekerja dia jadi again. Dan emosi sangat terganggu sekarang ni tambahan pula im pjj wife almost 3 years. Mental sangatlah rabak dan burnout too 😣😭 Saya dah scan semula smlm and mcm biasa, all okay but dr said 50 50 coz i ada previous history miscarriege. Repeat 2 weeks scan then cont take duphaston. Doakan lah saya supaya ada keajaiban disebalik yg berlaku ni 😖😢 Ada tak mommy2 yg mcm saya but kandungan selamat sehingga hujungnya? I need a positive vibes right now 🤧

24 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Cuba scan kt klinik lain. Jgn stick to 1 doc je. Kdg2 lain2 doc lain opinion. Lg 1 sy pun penah keguguran 1st pregnancy, skrg 2md pregnancy da 19 week. Cuba jgn terlalu fikir kan psl miscarriage yg lepas itu blh jejaskan kandungan sbb awk terlalu fkir dan stress. Jgn tinggal lgsg folic acid. Selalu bercakap dgn baby dlm perut. Sy dr kandungan 6 weeks sy berckp dgn baby dlm perut. Stay strong fr mummy ok. Borak2. Tiap kali nak makan folic acid atau ubat doc bg sy selawat 3x dan makan. Cuma kurg kan stress ye sis.

Baca lagi

Semoge sis kuat ye. Sy pon sme 1st pregnancy x jd jgak. Yg 2nd tu sy jd paranoid. Tkot semua benda. Nk kencing pon tkot sbb kot2 nmpk spotting kt underwear ke. Mcm2 pkir utk yg 2nd pregnancy. Lepas tu ade org yakinkan sy. Klau tuhan dah tentukan yg zuriat tu kuat. Kuat la dia smpai kita melahirkan. Klau x jd jgak, dia bukan untuk kita. Last2 sy letak sepenuhnya kt Allah. Alhamdulillah sekarang baby dah 2 bulan.

Baca lagi
2y ago

same lah .lagi lagi time nak buat air kencing .takut ada sporting keluar. org dah pernah rase keguguran .sentiasa was was je .tp tulah kene percaya kepada tuhan .lagi satu jagan stress ,be enjoy jgn byk fikir .ok

TapFluencer

sy!!! sy pun irregular menses dari remaja. pregnant first time jun 2021, gugur masa 13w. pregnant again july 2022, masa 8w spotting. pi emergency terus sbb takut sgt2, doc scan dah nampak heartbeat & bg ubat kuat rahim. then takda problem lain sepanjang pregnant kecuali gdm lah hehe. Alhamdulillah dah bersalin bulan 3 haritu. baby sihat walafiat & sy pun sihat2.

Baca lagi
VIP Member

Sy rasa awk kena cuti tnpa gaji di awal preggy ni sis around 1-3 month biar kandungan kuat baru puan smbung bkje semula,try bincang dgn company hrp2 company puan brtimbang rasa,puan perlu bedrest lebih lg sbb sy ad pglaman kwn yg jnis kena baring & rest ketika awal khamilan..& sy alami yg amek cuti tnpa gji slme 2 bulan sbb morning sickness

Baca lagi

Sy ttc 2 yrs, lepas raya haritu lekat.. Happy sangat.. Masa 6 weeks bleeding, amek mc bedrest 3 hari.. Lepastu masuk keje balik, lepas masuk keje balik bleeding lg.. Husband terus suruh amek cuti pnjg tanpa gaji.. Skrg baru 11 minggu.. Takde bleeding dah so far.. Doakan bby sy kuat, sy pun doakan smoga sis & bby kuat 🥰

Baca lagi

Ya Allah kawan kawan semua, uoll memang supportive. Thankyou so much syg semua atas semua nasihat dan semangat yg diberikan. InshaAllah saya cuba kuat dan sentiasa positive. Yaa saya percaya Kun Fa Ya Kun. InshaAllah terima kasih yg mendoakan saya 🫶🏻

Saya almost 3 tahun ttc. Masa 1st pregnancy saya mmg ada spotting. Almost a week jgk spotting. Saya buat rileks je and sentiasa redha. Kalau ada, ada lah. Alhamdulillahh anak saya sekarang dah 2 months. Saya doakan semoga kandungan awak selamat hingga melahirkan

saya pernah alami, gugur kandungan gugur 10 weeks. then 2 bulan selepas tu pregnant lagi, apa yg risau ialah spotting coklat tu. gi scan doc ckp rahim tak kuat, ambik duphaston, now alhamdulillah 32 hari dalam pantang

im also pjj wife since 2020 until now☺️. jangan stress. stress boleh effect kandungan awak. sy tahu awak paranoid tp doa yg baik2 fikir yg baik2. doa ibu hamil sgt mustajab. semoga kandungan awak baik2 sahaja

moga dipermudahkan ya puan. doa byk2. amalkan surah maryam utk dipermudahkan. maaf sy tak pernah ada ditempat puan, inshaAllah percaya dgn qadak dan qadar. Allah akan beri tepat pd masanya 😊