Berpuasa Ketika Mengandung 6 Bulan
Boleh ke saya berpuasa pada usia kandungan sekarang yang dah masuk 23 minggu. Kadang-kadang saya rasa lapar tapi saya cuba untuk teruskan, perkara macam ini boleh bagi kesan apa-apa pada bayi ke?
Hi Puan. Di harap puan dengan baby dalam keadaan sihat sentiasa amin. Berpuasa sewaktu hamil ni bergantung kepada daya kekuatan seseorang. Jenis pengambilan makanan juga penting untuk memberikan tenaga sepanjang berpuasa. Puan boleh cuba berpuasa separuh hari dahulu dan jika puan rasa puan larat boleh berpuasa penuh. Kerana ianya tidak wajib untuk ibu mengandung berpuasa ya puan. Pastikan bayi juga dalam keadaan aktif dan sihat sepanjang menjalankan ibadah puasa. Puan boleh baca tips berpuasa semasa mengandung di sini ya :) https://my.theasianparent.com/tip-untuk-para-ibu-yang-berpuasa-ketika-mengandung
Baca lagi