Bleeding, uri dibawah

bleeding ketika bersama suami. minggu ke 27. sebelum2 ni ok je ketika bersama. ni tak ganas n x sempat hbis dh bleeding, cpt2 pergi klinik swasta doc scan rupanya uri duk bwh. doc swasta refer pergi GH. skrg tgh otw, jem pulak sbb cny. ada ke kes mcm sy tiba2 uri kat bawah n bleeding? kandungan ok ke? sy x senang duduk dh ni. rasanya baru beralih sbb sebelum2 ni takda apa pun klau bersama.

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya pp type 3, first bleeding kene warded and mild contraction terus kene cucuk dexa and neuroprotection masa tu x sampai lagi 30weeks. Dekat seminggu baru discharge tapi dapat mc panjang x boleh keje terus espcially bila dr tahu saya keje banyak bergerak. Bila on mc pon 2/3 kali jugak ade discharge tapi x nak pergi hospital sbb tahu mesti kena tahan kalau dr tahu bleeding lagi. Tapi by the time week 30 week kene berkampung dekat hospital. Yang ni mmg x boleh lari dah. 35 week kene emergency czer jugak sebab bleeding dekat hospital even x buat ape ape pon. Tahu tahu je bangun katil nk pergi mandi berdarah banyak sedebuk keluar. Terus kene tolak ot. Lahir x ckup tempoh tapi budak banyak akal tu skrg dah umor 4 tahun dah tahun 2025. Nakal die x boleh bincang kalau die mgusik akak ngn abg dia. 😅 so basically kalau pp type 2/3 redha jelaa. Mmg xde chance normal bak kate doctor. Even saya cuba avoid untuk czeer pon mmg die suka suka berdarah tiba tiba jee. Bahaya la untuk mak dengan baby ikot kan.

Baca lagi

Sy placenta previa tahap 3 mmg kena tahan kat wad almost sebulan sbb dr nak pantau and risau bleeding. Jangan berlasak langsung sbb kalo bleeding bahaya kan both mom and bby. In shaa allah kandungan baik2 je kalo x berlasak and jangan bersama dah sampai bersalin

placenta previa.. ada yg kne bersalin awal. bgus awak cpt gi klinik.. uri mmng akan beralih. klau kata uri kt bwh mmng possibility untuk bleeding tu tinggi.. semoga yg baik je untuk awak sis

sya pn plasenta previa type 3 tpi xde bleeding ..due date 27/1 tpi 9/1 da bersalin czer...sebulan gak duk hospital mmg kena btl2 berehat doktor mmg x bg bnyk bergerak walaupn dlm wad kena bnyk baring je...

sy lahirkan anak pp4.. beleeding ...Uri memang dekat bawah . taknnaik langsung.. alhamdulillah..baby dah 6 Bulan sekarang...cuma lahirkan baby prem... alhamdulillah.. sihat..

Sy placenta previa type 2, mmg dpt detect time week 27. Doc mmg larang bersama. Larang buat kerja berat. Mmg kena byk kn rehat. Semoga semua baik2 sahaja utk puan dan baby.

Placenta previa ni, dia ada tahap & mmg tak boleh bersama kalau dah tahap teruk. Kawan saya sebulan warded sebab pp ni tp dah melahirkan

TapFluencer

Bagus terus refer dgn doktor. Mudahan Allah kurniakan rawatan yg baik buat puan dan kandungan.

sy pun otw kecemasan sbb kes sama. tp sy bleeding x byk. spotting mcmtu je

VIP Member

mg smuanya baik2 shj dan Dpmudahkan segalanya Allahuma aamiin