Air Selusuh ??

Bila sesuai minum air selusuh ? Perlukah minum air seluluh ?

18 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hanya perkongsian: Air selusuh adalah utk membantu memudahkan ibu bersalin dengan izin Allah. Air selusuh ada 2 jenis, satu dari bidan kampung yg buat, kedua dari ustaz atau suami yg buat. Banyak bacaan yg sy dh baca terutama dari Doktor O&G sendiri, elakkan meminum air selusuh yg disediakan oleh bidan kampung. Sebab air selusuh yg bidan buat ni, ada pelbagai campuran herba dan akar kayu. Air selusuh bidan, ibarat memaksa ‘jalan’ terbuka, jadi ibu2 akan rasa sakit amat2 sbb ‘jalan’ dipaksa utk terbuka sedangkan biologi badan manusia adalah sebaliknya. Laluan rahim akan terbuka dgn sendirinya InshaAllah seiring dengan pergerakan bayi utk keluar tepat pada masanya. Air selusuh yg disediakan oleh ustaz atau sebaiknya oleh Suami adalah air putih/ masak/ mineral / zam-zam yg telah dibacakan dengan ayat suci AlQuran (antaranya Surah As-Syarh, yassin, selawat, etc) dengan niat memohon bantuan Ilahi bg mempermudahkan urusan isteri tercinta utk bersalin. Ada juga ibu2 yg memilih utk tidak meminum air selusuh. Dalam AlQuran sendiri, Allah SWT meminta Ibu Nabi Isa A.S utk memakan buah kurma, bg memudahkan Maryam A.S utk bersalin. Wallahualam.

Baca lagi