Ibu muda tertekan

Bila jadi ibu muda ni, terkadang tertekan pun ada sebab tak biasa dengan situasi ni. Sekarang anak tersumbat idong, minyak cengkih dah letak, beli tropika cream, letak bawang. Macam² ikhtiar. Nak tido pun dah tak cukup. Bila tengok anak kesian, rasa useless sangat.

14 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Its okay. Semua orang pernah rasa benda yang sama. Tapi jangan give up dulu. Anak perlukan kita. Dia cuma bergantung pada kita untuk bagi dia selesa. Kalau cara saya, anak pun tengah selsema jugak ni. First, mandikan baby mcm biasa, pakaikan cream/minyak untuk baby. Saya guna CF RUB Tasneem tu. Second, saya guna strimer untuk bersihkan hidung baby Third, sedut hingus baby. Saya guna yg manual tu je. Last sekali bila nak tidur, kena tinggikan sikit kepala baby.Boleh letak bantal untuk senang baby bernafas. Anak saya nak tidur atas badan je kalau tengah flu. Nak tak nak kena redho, memang tidur ayam je la kita mak mak. Faham je kan kalau dah flu ni bernafas pun susah. And lagi satu susu memang x nak minum sangat. Saya perasan sebab hidung block, jadi memang skejap2 je dia minum. tapi lepas dah sihat boleh minum oz mcm biasa. Its okay mom. Its ok untuk rasa mcm looser kejap. Tapi jgn lama2 ya. Kita la yang kena baiki from time to time. Lama2 we will get used to it. Jgn give up.

Baca lagi
2y ago

Allahu,sye bukan yg post tp bila baca nasihat awak ni, saya tak jadi down..tq🥺❤️

hi awak. tak kisah la ibu muda ke ibu berumur ke. kita semua belajar benda baru. benda yg kita tak pernah belajar sebelom kahwin cara nk handle baby. nant bila dh besar cara nak handle toddler pula. sebab tu kita semua mommy yg hebat. kalau rasa cara awak buat tak berkesan bawak pergi hospital bhgian kecemasan. nnt dkt sana doctor check keadaan baby awak. sy kalau kahak dan nafas baby ada bunyi sy bwk g hospital. nnt doctor akan bg neb cairkan kahak. sbb baby tak pandai nk buang kahak sendiri even umur baby sy dh setahun 7bulan.

Baca lagi

smelah..baby sye pun tgh tersumbat hidung dgn hingus dan berkahak... sye penat jgk...tp lg penat mental bila mil banding2 dia dulu anak ramai bole handle..kita baru sorang x boleh handle...ahh stress😌 cakap macam power sangat padahal hmmm...yg tahu je tahu..hahahah🙄 mujur laki kita faham,dia la yg selalu bg kata2 semangat time kita down..takdelah dia biar koi down sorang2😂

Baca lagi

Dah sedut hidung anak? Kalau tak pon, bawak je gi klinik, doc boleh tolong keluarkan hingus baby. Jangan rasa useless mummy, baby need u, and baby love u so much no matter what happens. Biasa la first mom, semua benda baru untuk kita. Lama-lama nanti mummy pro jaga anak ❤️ sikit je tu Allah uji. Keep strong ok mummy 💪🏻

Baca lagi

Jgn rasa down sgt ya.. setiap anak berbeza beza keperluan,kehendak dan keadaan.. sy ni laki bini staf kesihatan pun belum tentu expert jaga anak. Kita sama2 proses belajar kenal bayi kita.. klau rasa hbis ikhtiar tu, sis bw je p hsptl ok.. InShaaAllah nt ada yg membantu.. kuat demi anak ya 💪

Dulu anak sy pun cmtu..nose block sbb sesema. Lama plak tu. Last2 beli air purifier, pakai baru ok sikit. Pakai jugak sterimar nasal spray dgn nasal aspirator utk sedut hingus anak. Alhamdulillah bole da tido lena, susu lancar dah tak meragam..happy kids happy parents😄

TapFluencer

First time mom memang akan senang stress sebab baru nak adapt tidur lewat dan tak cukup tidur. Lagi kita tak tahu nak ikhtiar apa. Bawa anak jumpa doc, mommy. Mungkin doc akan beri sterimar so nanti mommy boleh sedut guna nasal aspirator.

tenyeh kunyit hidup dekat pungkok lesung....ambik ayaq kunyit sapu sikit dihidung...jangan tebal nipis2....cara tok saya la

VIP Member

Spray sterimar pastu sedut hingus anak. Pg klinik mnta nasal drop baby. Buat smua ni pagi n mlm comfirm anak tdo lena

TapFluencer

Hidup bukan untuk anak je. Diri sendiri kena kuatkan semangat utk hadapi cabaran hidup. kuat semangat ya! 💐