Buntu dan rasa down

Salam semua. Harini baby baru 3hari. Semalam dah berak hitam. Nak tanya susu fm yg sesuai untuk baby newborn apa ya? Sebab puting tetek jenis suka tenggelam bila baby menyusu. Tengok kulit baby pun dah macam kuning2. rasa useless sangat bila jadi macam ni 😭#pleasehelp #firstmom #firstbaby

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

awak bukan useless. ilmu penyusuan susu ibu ni kita kena gali. ilmu tak dtg bergolek dekat kita awak. untuk nipple tenggelam/rata awak boleh guna kan shringe / nipple puller utk timbul kan nipple awak. kalau awak nak directfeeding baby awak boleh gunakan teknik sandwich semasa baby tengah menyusu. awak boleh follow lactation counselor yg diiktiraf supaya awak dapat info yg tepat. semua lactation ni share ilmu free je dekat sosial media dorang tau. siap ada yg buat webinar free, tiktok live utk share ilmu. 1) puan nadmasrom - ig, tiktok, telegram, fb 2) puan ika nabella - ig, tiktok, telegram, fb (under nama innateofficial.hq) 3) puan azura - fb 4) puan musliha - tiktok, fb 5) puan noorfazila - ig pier counselor 1) syud - tiktok 2) nyusoo.official - tiktok, ig

Baca lagi
2y ago

sama la mcm sy. 1st baby saya zero knowledge tentang ilmu penyusuan susu ibu. nak bagi baby directfeeding pon xpandai. bila nurse check mmg dh betul lekapan baby tapi baby hisap sampai nipple crack. time tu trauma sgt. then stop sekejap nk bg nipple baik. baby terus nipple confuse. pujuk utk directfeed semula dh xnk. dan baby sy reject susu fm bukan susu badan. ini la part paling struggle sy. nk xnak mmg kena cari gali ilmu awak. baby pula kuat susu. mmg mcm nk putus asa dh time tu. tapi alhamdulillah tengok muka baby & husband always keep bg kata2 positif. terus smgt tu dtg balik

sama la sy masa 3 hari pertama, menangis2 ngan suami..tp family bagi semangat ckp tak boleh nangis nnt susu tak keluar.. lps 5 hari mcmtu, after urut susu n betulkan emosi, memancut2 susu keluar..skrg ni duk asyik tukar baju je sbb kalau baby menyusu sebelah, yg sebelah lg menitik2 memancut2🤣 jgn stress jgn rasa useless ..mmg susu tak nak keluar..cuba utk fikir positive n selalu ckp kat diri yg susu aku ad, susu aku banyak..anak aku akan kenyang dgn susu aku..insyaAllah akan okay semuanya.. and yaa nipple sy pun tenggelam sis sendu je tgok anak menghisap..tp time mandi selawat2 dlm hati n tarik2 nipple tu pelan2..skrg anak dh 21 hari, kalau anaak tak menyusu dia tgh tido mmg nipple tenggelam ,tp kalau dia tgh nak menyusu haa terpacak nipple sy🤣

Baca lagi
2y ago

yes setuju. mindset kita memainkan peranan paling penting. dan sokongan dr org sekeliling kita juga sgt2 penting. supaya emosi kita tak terganggu

sye pn mcm nie.. tp susu ade cuma bby x puas hisap sbb puting tgelam.. awal2 lhir sye da bg formula sbb susu kurg.. bg bby hisap smpi mngamuk2 last2 bg btol.. lps brurut, bru klua susu.. nk bg drect bby da xnak.. so skg sye pam susu bg bby.. jgn stress2 ye awak.. keadaan sume mak x sme.. awak bley cbe mne yg ssuai dgn awak..

Baca lagi
2y ago

susu formula sye gne lactogen..

TapFluencer

Najis hitam pada bayi baru lahir itu biasa. Itu tanda pembuangan makanan yang dimakan semasa dia dlm kandungan. Puan, untuk teruskan penyusuan susu ibu, boleh dapatkan bimbingan daripada kaunselor penyusuan bertauliah berdekatan puan ya!

Boleh beli nipple puller. Kalau bidan kg dia suruh gentel2 nipple dulu bfr start bf

Sorry gambar uncensored. Ini susu ke mommies?

Post reply image
2y ago

awak pam ke? baby dgn awak? gmbr dekat sikit boleh