Berat badan naik
Berat badan naik dari 78 kg ke 79 kg dalam sebulan minggu depan check kk minum air gula risau pulak sebab berat naik banyak 🥲 nak on diet takut baby tak dapat nutrition pulak.
pilih pemakanan yang sihat mengikut nutrisis. Kena ada carbs, protien, sayur, buah dan kekacang. Elakkan benda manis boleh je sesekali makan. Dan elakkan proses food. Makan yang bernutrisi ialah makan yang sebenar. Kita jaga pemakanan bukan untuk kita, untuk baby juga. Jaga pemakanan dgn makan makanan yang sebenar bukan diet. Tp tu pemakanan yang betul yang disarankan juga oleh kkm. Dan minum air 8-12 gelas sehari. Minum susu. Jangan stres. Sama2 jaga untuk kesihatan diri dan baby
Baca lagitak perlu diet, cuma perlu tukar gaya pemakanan menjadi lebih sihat. bukan semasa hamil je tapi cuba utk kekalkan demi kesihatan.. cthnya, utk breakfast cukup makan roti 2 keping+telur, lunch makan nasi(jangan menambah) dan dinner makan bihun goreng. kalau cthnya asyik bedal nasi(atau makanan berat yang sewaktu dengannya) 3 kali sehari ditambah air manis dan snacking, konfem berat naik, dan kalori pun sudah tentu melebihi keperluan badan ibu dan baby.
Baca lagiWah baik terima kasih🫶🏼
Saya pulak dri 79 turun ke 77kg. 😅 tiap kali check up berat turun. Makan dh kerap dh. Tapi saya tak lalu makan nasi. Jenuh laa nak kena buat mcm2 test pulak
Ahahah bestnya dpt turun berat badan kite ni sebelum Mengandung mmg dah berisi 😆
X perlu diet. Cuma kawal pemakanan. Cukupkan rehat. Ada masa, buat senaman. Paling malas pun, berjalan at least 30min-1jam sehari. Elakkan stress.
Terima kasih sis🫶🏼
diet bukan xmkn sis , makan mende berkahsiat tu diet jugak . Amalkan Suku suku separuh