Cara nak stop bedung baby?

Bby saya dah 4 bulan, so saya nak stop pakai bedung. Start dari newborn bby pkai jenis bedung zip brand love to dream macam dalam gambar. Baby senang tido and lena tido pakai bedung jenis ni. Tapi dah masok 4 bulan saya cuba nak cerai bedung, tapi baby jd cranky susah nk tido kalau tak pkai bedung, tido kejap, lepas tu nangis balik. Ada tak cara nk cerai bedung yg tak ganggu bby tido sgt?

Cara nak stop bedung baby?
10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya pun cuba cerai bedung masa 4 bulan, tp anak susah lena tangan dia asyik menggapai je. saya teruskan bedung sampai 6 bulan, jenis bedung tradisional tu. lepas tu slowly saya cuba tidokan dia, susukan sampai lena baring sebelah saya, lepas tu transfer ke baby cot. letak selimut selit bawah badan, tangan keluar (saya tak selimut tangan risau saya tak sedar dia tolak selimut tutup muka). lepas tu saya letak bantal besar apit kiri kanan tangan dia. mula2 dia bangun sejam dua sekali, skrg alhmdulillah nyenyak lama dah. cuma tu la dia tak suka selimut haha, bangun je mesti tendang selimut adoi 😅. *saya start buat jumaat malam, sbb mmg expect akan byk kali terjaga, so better buat hari yg esok cuti jadi tak mental ibu dia haha.

Baca lagi