Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik

'Badan anak tiba-tiba naik ruam merah pada waktu yang tidak menentu? Atau tiba-tiba susah bernafas tanpa sebarang tanda awal? Atau mungkin gatal-gatal badan selepas makan sesuatu jenis makanan?' Tanya secara terus kepada pakar kami tentang segala persoalan anda berkaitan dengan Alergi & Asma Anak pada Khamis, 6 Mei 2021, jam 2 petang bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinikal - Kanak-kanak & Dewasa, Pantai Hospital Kuala Lumpur. *NOTA : Soalan di luar daripada waktu yang dibenarkan atau diluar daripada topik tidak akan dijawab dan mungkin akan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik
48 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Salam doctor. Anak saya nanti bakal berusia 6 bulan. Saya tak sabar nak berikan dia first meal. Tapi saya takut dia allergic dengan sesetengah makanan. Boleh saya tahu apakah makanan yang sering menjadi punca alahan ini?

5y ago

Ni simple je. Selalunya makanan yang mengakibatkan alergik adalah susu lembu, telur putih, soya, gandum, kacang/kekacang, ikan, shellfish (makanan laut yang bercengkerang) - 8 jenis makanan ni termasuk dalam 90% makanan yang boleh menyebabkan alergik.