Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik

'Badan anak tiba-tiba naik ruam merah pada waktu yang tidak menentu? Atau tiba-tiba susah bernafas tanpa sebarang tanda awal? Atau mungkin gatal-gatal badan selepas makan sesuatu jenis makanan?' Tanya secara terus kepada pakar kami tentang segala persoalan anda berkaitan dengan Alergi & Asma Anak pada Khamis, 6 Mei 2021, jam 2 petang bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinikal - Kanak-kanak & Dewasa, Pantai Hospital Kuala Lumpur. *NOTA : Soalan di luar daripada waktu yang dibenarkan atau diluar daripada topik tidak akan dijawab dan mungkin akan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik
48 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Bolehkah alahan terhadap makan ini dapat disembuh? Ataupun akan kekal sampai dewasa?

5y ago

Sebenarnya alahan ni tak boleh sembuh waktu dewasa sekalipun. Tapi kebanyakannya alahan tu akan berkurangan sendiri. Kemungkinan untuk kekal sampai dewasa ada, cuma berkurangan dalam 5%. Simptom yang dihadapi sama saja tak kira waktu kecil atau dewasa. Cuma mungkin simptom berkurangan dan jarang-jarang terkena reaksi alahan.