Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik

'Badan anak tiba-tiba naik ruam merah pada waktu yang tidak menentu? Atau tiba-tiba susah bernafas tanpa sebarang tanda awal? Atau mungkin gatal-gatal badan selepas makan sesuatu jenis makanan?' Tanya secara terus kepada pakar kami tentang segala persoalan anda berkaitan dengan Alergi & Asma Anak pada Khamis, 6 Mei 2021, jam 2 petang bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinikal - Kanak-kanak & Dewasa, Pantai Hospital Kuala Lumpur. *NOTA : Soalan di luar daripada waktu yang dibenarkan atau diluar daripada topik tidak akan dijawab dan mungkin akan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik
48 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Salam doctor nak tanya. Macam mana saya nak tahu anak saya alergik dengan certain makanan?

5y ago

Yang penting sekali kena tahu daripada ceritanya. Kalau anak tu ambil makanan dan dalam masa beberapa minit naik simptom alahan seperti gegata, muka bengkak, susah bernafas atau pengsan, itu kemungkinan besar tanda-tanda alergi dan kita akan tahu jenis makanan yang mengakibatkannya. Cumanya kalau ada 2-3 jenis makanan masa tu, kita kena check dengan allergy test menggunakan darah atau skin prick test. Skin prick test ni adalah kita akan letak solution yang mengandungi makanan tersebut dan kita cucuk 1mm dalam kulit dan tunggu dalam 20 minit untuk reaksi yang nampak seakan-akan kena gigit nyamuk.