Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik

'Badan anak tiba-tiba naik ruam merah pada waktu yang tidak menentu? Atau tiba-tiba susah bernafas tanpa sebarang tanda awal? Atau mungkin gatal-gatal badan selepas makan sesuatu jenis makanan?' Tanya secara terus kepada pakar kami tentang segala persoalan anda berkaitan dengan Alergi & Asma Anak pada Khamis, 6 Mei 2021, jam 2 petang bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinikal - Kanak-kanak & Dewasa, Pantai Hospital Kuala Lumpur. *NOTA : Soalan di luar daripada waktu yang dibenarkan atau diluar daripada topik tidak akan dijawab dan mungkin akan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik
48 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya perasan dekat FB ramai sangat ibu-ibu yang suggest pakai krim muka entah apa apa bila anak mereka naik ruam. Bagaimana kita nak educate mereka tentang perkara ini?

5y ago

Saya pun ketawa baca soalan tapi betullah. Sebab nak educate mereka ni bukannya senang. Tapi kita cuba. Sebenarnya krim yang dijual asalkan tidak mengandungi ubat-ubatan dan bahan kimia yang berbahaya, tak ada masalah. Yang pentingnya krim ni berfungsi sebagai pelembab dan ini boleh kurangkan ruam. Kalau kering sangat, boleh guna jeli petroleum.