Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik

'Badan anak tiba-tiba naik ruam merah pada waktu yang tidak menentu? Atau tiba-tiba susah bernafas tanpa sebarang tanda awal? Atau mungkin gatal-gatal badan selepas makan sesuatu jenis makanan?' Tanya secara terus kepada pakar kami tentang segala persoalan anda berkaitan dengan Alergi & Asma Anak pada Khamis, 6 Mei 2021, jam 2 petang bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinikal - Kanak-kanak & Dewasa, Pantai Hospital Kuala Lumpur. *NOTA : Soalan di luar daripada waktu yang dibenarkan atau diluar daripada topik tidak akan dijawab dan mungkin akan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik
48 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Salam Dr. Jika saya cuba memberi sesuatu makanan untuk uji alergik anak dan keluar kesan merah pada muka adakah itu dikira dia alergik pada makanan tersebut?

5y ago

Saya taknak cakap ini satu ujian. Tapi kita anggaplah ini satu proses yang biasa kita buat bila kita nak start apa-apa jenis makanan untuk anak kita. Tapi sekiranya keluar kesan merah tu dalam beberapa minit setiap kali puan berikan makanan yang sama, kebarangkalian, itu adalah alergi.