Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik

'Badan anak tiba-tiba naik ruam merah pada waktu yang tidak menentu? Atau tiba-tiba susah bernafas tanpa sebarang tanda awal? Atau mungkin gatal-gatal badan selepas makan sesuatu jenis makanan?' Tanya secara terus kepada pakar kami tentang segala persoalan anda berkaitan dengan Alergi & Asma Anak pada Khamis, 6 Mei 2021, jam 2 petang bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinikal - Kanak-kanak & Dewasa, Pantai Hospital Kuala Lumpur. *NOTA : Soalan di luar daripada waktu yang dibenarkan atau diluar daripada topik tidak akan dijawab dan mungkin akan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik
48 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Masa anak baru lahir kene ruam keluar cecair kuning kt kulit bdn ank..lps sapu krim n pakai sabun utk sensitive skin kulit ank dah ok sekarang bertanda parut bintik putih..sampai bl parut tu ada di kulit?

3y ago

Anak baru lahir ya, Puan? Barangkali ini adalah erythema toxicum neonatorum iaitu satu keadaan di mana ia selalu juga berlaku pada bayi baru lahir dan mungkin akan berterusan sehingga 6 minggu. Dan sebenarnya tak berbahaya. Sebenarnya tak perlu pun sapu krim dan guna sabun untuk kulit sensitif. Selalunya dia akan hilang sendiri. Sabar ye Puan? Tapi selepas 6 minggu, kalau masih ada bintik-bintik tu, bawaklah baby tu jumpa saya ya?