Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik

'Badan anak tiba-tiba naik ruam merah pada waktu yang tidak menentu? Atau tiba-tiba susah bernafas tanpa sebarang tanda awal? Atau mungkin gatal-gatal badan selepas makan sesuatu jenis makanan?' Tanya secara terus kepada pakar kami tentang segala persoalan anda berkaitan dengan Alergi & Asma Anak pada Khamis, 6 Mei 2021, jam 2 petang bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinikal - Kanak-kanak & Dewasa, Pantai Hospital Kuala Lumpur. *NOTA : Soalan di luar daripada waktu yang dibenarkan atau diluar daripada topik tidak akan dijawab dan mungkin akan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik
48 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum,Doctor.. 1- Adakah asthma boleh dikaitkan dengan alergi?Sebab sejak kena serangan asthma,alergi spt ruam pada kulit akan muncul.. 2- Adakah penggunaan air purifier di dalam rumah boleh meningkatkan kadar alergi pada kulit lebih-lebih lagi pada pesakit asthma? Terima kasih,Doctor..

Baca lagi
3y ago

Waalaikumsalam. Ye betul boleh dikaitkan asma dengan alergi. Sebenarnya asma tu sendiri adalah alergi. Tak perlu ruam timbul di mana-mana. Tapi bila dah timbul, lagilah kuat kemungkinan alergi tu. Haaaaa, pasal air purifier ni. Air purifier bukannya untuk jadikan alergi lebih teruk. Jadi kalau naik ruam semua tu, jangan salahkan air purifier tu, kesian dia. Kemungkinan rumah puan ada dust mite dan air purifier tak semestinya boleh menyaring udara daripada hama. Puan ada bela kucing tak? Mungkin juga tu