Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik

'Badan anak tiba-tiba naik ruam merah pada waktu yang tidak menentu? Atau tiba-tiba susah bernafas tanpa sebarang tanda awal? Atau mungkin gatal-gatal badan selepas makan sesuatu jenis makanan?' Tanya secara terus kepada pakar kami tentang segala persoalan anda berkaitan dengan Alergi & Asma Anak pada Khamis, 6 Mei 2021, jam 2 petang bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinikal - Kanak-kanak & Dewasa, Pantai Hospital Kuala Lumpur. *NOTA : Soalan di luar daripada waktu yang dibenarkan atau diluar daripada topik tidak akan dijawab dan mungkin akan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik
48 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

jika anak alahan terhadap coklat, adakah dia akan selama-lamanya tidak dapat makan makanan tersebut?

5y ago

Coklat ni bahan utamanya adalah koko dan susu. Dan mungkin ada kekacang juga. Jadi pada dasarnya, masalahnya bila kita cakap coklat, kita perlu tahu bahan masa sebenarnya yang menyebabkan alergi. Kebanyakannya adalah alahan pada susu dan kekacang. Dan kebiasaannya dia akan hilang sebelum dewasa. Kalau alahan terhadap kacang, mungkin akan kekal hingga dewasa.