Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik

'Badan anak tiba-tiba naik ruam merah pada waktu yang tidak menentu? Atau tiba-tiba susah bernafas tanpa sebarang tanda awal? Atau mungkin gatal-gatal badan selepas makan sesuatu jenis makanan?' Tanya secara terus kepada pakar kami tentang segala persoalan anda berkaitan dengan Alergi & Asma Anak pada Khamis, 6 Mei 2021, jam 2 petang bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinikal - Kanak-kanak & Dewasa, Pantai Hospital Kuala Lumpur. *NOTA : Soalan di luar daripada waktu yang dibenarkan atau diluar daripada topik tidak akan dijawab dan mungkin akan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik
48 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Apakah punca asma menjadi teruk?

5y ago

Kebanyakan masa asma menjadi lebih teruk disebabkan keadaan persekitaran. Contohnya cuaca extreme iaitu terlalu sejuk atau terlalu panas. Environmental issues seperti kulat, binatang peliharaan, hama (dust mites), debunga (pollen), etc. Kalau kita minum air sejuk sangat, pun boleh menyebabkan serangan asma. Kalau lepas bersukan, mungkin asma akan menjadi teruk. Dari segi dalam iaitu endogenous, contohnya emosi. Kalau kita ada panic attack, stress, tiba-tiba rasa semput. Boleh jadi teruk tu.