Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik

'Badan anak tiba-tiba naik ruam merah pada waktu yang tidak menentu? Atau tiba-tiba susah bernafas tanpa sebarang tanda awal? Atau mungkin gatal-gatal badan selepas makan sesuatu jenis makanan?' Tanya secara terus kepada pakar kami tentang segala persoalan anda berkaitan dengan Alergi & Asma Anak pada Khamis, 6 Mei 2021, jam 2 petang bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinikal - Kanak-kanak & Dewasa, Pantai Hospital Kuala Lumpur. *NOTA : Soalan di luar daripada waktu yang dibenarkan atau diluar daripada topik tidak akan dijawab dan mungkin akan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik
48 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Doktor, adakah anak mengalami alergi ini berkaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup kurang sihat ketika ibu masih mengandung

5y ago

Ada kebarangkalian juga. Contohnya waktu mengandung, ibu tak makan makanan yang sihat dan kurang exercise. Diet yang kurang Vitamin D pun boleh jadi. Sebenarnya tak perlu berpantang makan pun semasa mengandung, asalkan sihat. So kuranglah alergi anak kalau ibu hamil jaga kesihatan.