Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik

'Badan anak tiba-tiba naik ruam merah pada waktu yang tidak menentu? Atau tiba-tiba susah bernafas tanpa sebarang tanda awal? Atau mungkin gatal-gatal badan selepas makan sesuatu jenis makanan?' Tanya secara terus kepada pakar kami tentang segala persoalan anda berkaitan dengan Alergi & Asma Anak pada Khamis, 6 Mei 2021, jam 2 petang bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinikal - Kanak-kanak & Dewasa, Pantai Hospital Kuala Lumpur. *NOTA : Soalan di luar daripada waktu yang dibenarkan atau diluar daripada topik tidak akan dijawab dan mungkin akan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik
48 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Anak saya sering mengalami alahan terhadap debu/ habuk di dalam rumah sehingga menyebabkan matanya bengkak dalam tempoh singkat. apakah langkah yang perlu dilakukan?

5y ago

Puan janganlah kemas rumah time anak ada di situ, haha.. suruh anak tu duduk di tempat lain dulu, nanti bengkak lagi matanya. Sebaiknya gunakan air purifier di rumah. Kalau alergi tu akibat habuk, boleh tutup pintu dan tingkap untuk elakkan habuk daripada luar. Cumanya pengudaraan dalam rumah perlu dijaga. Sekiranya anak masih lagi bengkak matanya, Puan kena standby antihistamin di rumah.