Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik

'Badan anak tiba-tiba naik ruam merah pada waktu yang tidak menentu? Atau tiba-tiba susah bernafas tanpa sebarang tanda awal? Atau mungkin gatal-gatal badan selepas makan sesuatu jenis makanan?' Tanya secara terus kepada pakar kami tentang segala persoalan anda berkaitan dengan Alergi & Asma Anak pada Khamis, 6 Mei 2021, jam 2 petang bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinikal - Kanak-kanak & Dewasa, Pantai Hospital Kuala Lumpur. *NOTA : Soalan di luar daripada waktu yang dibenarkan atau diluar daripada topik tidak akan dijawab dan mungkin akan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik
48 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Benarkah tabiat bermain pasir adalah bagus kerana ia dikatakan memiliki bakteria baik? Sebab sesetengah anak kecil akan mengalami kegatalan dan kudis

5y ago

Sistem imun kita ni macam askar. Kena training biar dia kuat. Maksud Puan untuk dedahkan anak kepada pasir yang mengandungi mikrob tu bermakna imun sistem kena bekerja keras untuk melawan mikrob yang tak baik. Dan askar kita tu akan jadi lebih cekap untuk kenali musuh. Kalau anak kecil yang mengalami kegatalan dan kudis tu... haaaaa, tandanya askar dia tak cukup kuatlah tu atau tak cekap.