Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik

'Badan anak tiba-tiba naik ruam merah pada waktu yang tidak menentu? Atau tiba-tiba susah bernafas tanpa sebarang tanda awal? Atau mungkin gatal-gatal badan selepas makan sesuatu jenis makanan?' Tanya secara terus kepada pakar kami tentang segala persoalan anda berkaitan dengan Alergi & Asma Anak pada Khamis, 6 Mei 2021, jam 2 petang bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinikal - Kanak-kanak & Dewasa, Pantai Hospital Kuala Lumpur. *NOTA : Soalan di luar daripada waktu yang dibenarkan atau diluar daripada topik tidak akan dijawab dan mungkin akan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik
48 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Doktor. macam mana nak merawat kalau anak saya ada naik ruam meray dekat pipi dia?

5y ago

Hi puan, kalau naik ruam di pipi boleh bagi pelembab dan skin barrier repair cream. Skin barrier repair cream ni sebenarnya untuk memperbaiki lapisan atas kulit yang dah rosak. Skin barrier repair cream macam simen lah kat atas kulit kita. Bila kulit kita rosak, kalau letak pelembab pun kurang efektif.