Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik

'Badan anak tiba-tiba naik ruam merah pada waktu yang tidak menentu? Atau tiba-tiba susah bernafas tanpa sebarang tanda awal? Atau mungkin gatal-gatal badan selepas makan sesuatu jenis makanan?' Tanya secara terus kepada pakar kami tentang segala persoalan anda berkaitan dengan Alergi & Asma Anak pada Khamis, 6 Mei 2021, jam 2 petang bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinikal - Kanak-kanak & Dewasa, Pantai Hospital Kuala Lumpur. *NOTA : Soalan di luar daripada waktu yang dibenarkan atau diluar daripada topik tidak akan dijawab dan mungkin akan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik
48 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Dr, anak saya naik merah-merah pada muka dan gatal-gatal pada lengan lepas makan buah peach. Ada possibility ke anak saya alergik pada buah peach?

5y ago

Saya tanya Puan balik, berapa cepat lepas naik merah2 tu lepas anak puan makan buah peach. Kalau dalam tempoh 2 jam, mungkin dia alergik. Kalau lepas 2 jam, kemungkinannya sangat nipis. Isu dengan buah peach dan apa-apa buah-buahan kalau melibatkan alergi ialah bila buah-buahan ni dimakan segar. Sebab buah-buahan ni kalau dah dimasak atau dicampurkan dalam masakan lain, risiko tanda-tanda alergi tu akan berkurangan. Kalau naik merah-merah tu lepas 2 jam, perlu check kalau ada punca lain yang menyebabkan merah-merah dan gatal. Mungkin kena gigit semut yang ada kat buah peach. Tu pun boleh jadi punca juga.