Takut BENGKAK SUSU. ADA Cara Sebelum Berlaku

Assalamualaikum semua Mommies and mom to be ? Seha nak share cara-cara sebelum berlakunya Puting breast/nipple kita dari tersumbat. Sila lihat gambar no.3. Kesan kita lambat mengambil tindakan. Itu adalah dari seorang mommy yg lambat ambil tindakan. Sehingga bengkak susu beliau menjadi susu basi/nanah. So jangan biarkan bengkak susu anda lama2 nanti ia akan bertukar menjadi susu basi/nanah. Dan terpaksa operate dan puting anda akan berlubang. Huhu... Semoga dijauhkan perkara tersebut. Sooo.... Seha fokas kepada mom to be dulu. Jika mom2 to be dah 7 bulan pregnant dan ke atas. Masa ni lah waktu anda sepatutnya mencuci puting/nipple anda ketika mandi setiap hari menggunakan air suam/air mandian. Dengan picit menggunakan jari dan lap puting/nipple anda dengan kain cotton yang lembut dan basah dan bersih. Bersihkan sedikit demi sedikit. Memang sakit ketika picit puting/nipple anda. Bila anda memicit puting/nipple anda. Akan mengeluarkan daki berwarna putih. Itulah punca puting/nipple anda tersumbat. Teruskan picit dan keluarkannya. Jika sakit. Buat pada next mandian. Picit pelahan2 sehingga bersih. Anda bersih kedua2 puting/nipple anda setiap hari dan semasa mandi sehingga anda nak bersalin. Teruskan mencuci InnShaAllah nanti bersalin. Susu badan akan senang keluar. Dan tips jika bengkak susu. Ini tips dari nurse yang ajar Seha ya. Waktu tu memang bengkak susu sangat2. Dah la tak ada breast pump. Jika ada memang membantu lah. So waktu tu Seha pump guna tangan. Huhu. So korang prepare lah pump susu siap2 bawa ke hospital. So jika berlaku bengkak susu. Ambil satu kain cotton. Dan air panas suam2. Celupkan kain tu. Perah dan tekap breast anda yang bengkak dalam beberapa minit. Rasa legakan?? Selepas itu. Cepat2 Buat urutan pada sekeliling breast yang sudah ditekup dengan kain panas tadi. Urut2.. 360° sehingga anda rasa breast anda kurang mengeras. Try picit lihat susu dapat keluar atau tidak? Boleh lihat next picture / gambar no.2 sebagai panduan. Jika tidak keluar. Panaskan balik kain tu dengan air panas suam. Dan tekup untuk beberapa minit. Selepas itu urut dan try pump susu badan anda. Menggunakan tangan atau breast pump. Ada kakak hospital tu kata elok beli pump susu ada dua botol ada pump. Sebab bila kita pump susu belah kanan. Belah kiri keluar juga. So terpulang pada mommies2 ya. Gambar contoh di gambar no.4. Semoga membantu. InnShaAllah ? #bengkakSusu #adasolusinya #semogadipermudahkan

Takut BENGKAK SUSU. ADA Cara Sebelum Berlaku
1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Terima kasih infonya