Occupational Therapy

Assalamualaikum semua. Anak sy umur 1 tahun 2 bulan kena jumpa pakar sbb dia belum pandai berdiri tanpa pegang apa2. Dia hanya pandai berdiri jika pegang pada meja atau kerusi sahaja. Dan dia baru pandai sebut 'Mama', 'Papa'. Adakah bermasalah kalau anak usia ni belum pandai berdiri sendiri dan bercakap 1-2 patah perkataan?

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Nurse ke yang suruh jumpa pakar tu? Kadang nurse lagi buat orang risau lebih. Macam saya dulu kena. Anak saya setahun 8 bulan masih belum cakap. Ibu ayah makan susu semua belum. Dia masih bubbling2. Nurse buat kan appointment jumpa dr. Bila saya jumpa dr, dr tu tanya kenapa jumpa dia. Aikk. Saya cakap nurse suruh sebab anak saya belum reti cakap. Dr tu tengok2 buku anak, dia kata masih awal. Anak pertama pulak tu. Tak payah jumpa pun takpe. Dah buang masa tunggu lama2 nak jumpa dr for nothing ๐Ÿ˜‚ jumpa paed kat swasta pulak, dr kata speech delay ni dr akan tengok bila 3 tahun. Lepas 3 tahun masih tak boleh cakap baru consider speech delay. Sekarang dah 5 tahun helok je bercakap. Terlebih cakap pulak sampai kena suruh diam ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Baca lagi
1y ago

Entah la lain dr lain target dia kot. Macam saya dulu first word anak masa umur dia 1 tahun 8 bulan. Tu pun โ€˜kakiโ€™ ๐Ÿ˜‚ tunjuk kaki, dia kata kaki. Tunjuk tangan, pun โ€˜kakiโ€™. Susu pun โ€˜kakiโ€™ ๐Ÿ˜… 2 tahun baru sebut ibu. Ayat pun takde lagi. Nak susu pun tunjuk2 isyarat nak minum. Jujur saya memang risau. Tapi paeds yang incharge anak saya tu tak risau langsung. Dia masih kata tunggu 3 tahun. Dalam 2 tahun ++ Alhamdulillah anak dah boleh cakap sikit2. Pasal jalan pulak, anak sedara saya dah setahun 3 bulan masih merangkak. Takde pulak mak dia cerita kena jumpa pakar. Anak saya start jalan 11 bulan. Advance sikit bab jalan ๐Ÿ˜„

mcm awal sgt lg nk jumpa pakar dlm umur tu dgn asbab tu.. sbb mmang masih normal lg dlm umurnya belum mahir lg berdiri berjln dgn betul.. dan mulutnya mmang normal sebut sepatah 2 perkataan.. kecik lg kan tu..budak di bawah 2 tahun masih dikira bayi.. perkembangan setiap budak ni x sama.. asalkan dia sihat tiada mslh kesihatan cukuplh..jgn risau.. nt Allah bg lah rezeki dia berdiri..berjln & berckp.. hah time tu pening kpla lah maknya anak x reti duk diam langsung.. mulut petah berckp bertny.. pening nk layan..๐Ÿ˜…

Baca lagi
1y ago

itulah๐Ÿ˜… anak sy sama umur anak awak jgk.. tp blh berlari dh.. berckp pun 2 patah je.. yg dia duk fasih sebut abahnya.. "abah" & " nah" ๐Ÿ˜…

saya rasa kalau bab berdiri tu masih awal lagi patutnya takda masalah , sebab anak saya pun dalam 1 tahun 1 bulan 17 hari baru boleh berjalan , tapi tak tahu lah kenapa nurse suruh jumpaa pakar . anak saya cakap pun dalam usiaa anak awak takda langsung patah perkataan . dekat 1 tahun 6 bulan baru ada perkataan yang boleh dia sebut . takpalah sis ikut jr cakap nurse , jangan risau ya setiap anak perkembang lain lain .

Baca lagi

Sepatutnya takde masalah. Saya tak pasti kenapa nurse & dr refer dekat awak OT awal sangat ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… sebab kk tempat saya sampai 18 bulan dorang monitor. Kalau berdiri berpaut kira ok dah untuk 1tahun 2bulan. Tapi takpela sis, ok jugak ada orang monitor anak. Cuma jangan risau sangat ya. In sha Allah ok je tu. Ada masa sampai 18bulan untuk tengok dia berjalan.

Baca lagi

yang saya tahu kalau 18bulan keatas kalau masih xboleh berjalan sendiri ataupon bercakap baru kena refer pakar. kalau utk 14bulan masih normal awak. anak 1st sy setahun 2bulan baru boleh berjalan dgn betul. itupon jatuh2 lg. kalau panggil mama & abh masa dia umur setahun 6bulan mcm tu. masa mula2 dia sebut perkataan nak, mak (panggilan maktok dia) mcm tu ja

Baca lagi
1y ago

awak jangan stress okay. baby awak masih dlm kategori normal. xpe awak, teruskan stimulate kaki baby. kalau ada masa free bawak baby bagi pijak permukaan ada rumput, pasir. nnt tak lama boleh berjalan tanpan bantuan๐Ÿ˜˜. untuk percakapan pon sama. teruskan bercakap je dgn baby awak. sy masa 1st baby umur setahun 2bulan pon xpandai sebut susu lagi. hari2 sy ulang dn sebut perkataan yang sama ๐Ÿฅฐ

waalaikumsalam. setiap anak berbeza. yg pasti anak itu aktif, boleh makan mcm biasa, bmi okay it should be okay. anak sulung sy 2 tahun baru jalan. yg lagi 2 org 1 tahun dah boleh berdiri dan berjalan. mcm sy ckp tadi, setiap anak berbeza-beza perkembanganya

ada anak jenis awal ada anak jenis cepat.... lambat bjalan tak semesti nya dia lambat yg lain jugak kan... mesti ada yg lain dia cepat... baby baru setahun 2 bulan normal lah... lainlah kalau 2 ke 3 tahun ke... ๐Ÿค—

Baca lagi

tul kdang2 nurse yang lobih kta jmpa doc xd ckp ap pn anak sy yang fist 8bulan dh jlan smua cpt gigi tumbuh awal jalan pn laju dh skrng 1year 3mont cuma ad mslh bmi sahaaja.

biasa ok la Tu sis lain la 2 tahun xboleh Tu yg kena risau

1y ago

sis anak saya dekat 3 tahun xreti cakap sangat takda pun suruh jumpa pakar dgan nurse.nurse cakap janji dia bercakap sudah .normal sis sbb mak mertua pun cakap normal anak saya .suami saya 4tahun baru bercakap kata mak mertua .