Occupational Therapy

Assalamualaikum semua. Anak sy umur 1 tahun 2 bulan kena jumpa pakar sbb dia belum pandai berdiri tanpa pegang apa2. Dia hanya pandai berdiri jika pegang pada meja atau kerusi sahaja. Dan dia baru pandai sebut 'Mama', 'Papa'. Adakah bermasalah kalau anak usia ni belum pandai berdiri sendiri dan bercakap 1-2 patah perkataan?

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

mcm awal sgt lg nk jumpa pakar dlm umur tu dgn asbab tu.. sbb mmang masih normal lg dlm umurnya belum mahir lg berdiri berjln dgn betul.. dan mulutnya mmang normal sebut sepatah 2 perkataan.. kecik lg kan tu..budak di bawah 2 tahun masih dikira bayi.. perkembangan setiap budak ni x sama.. asalkan dia sihat tiada mslh kesihatan cukuplh..jgn risau.. nt Allah bg lah rezeki dia berdiri..berjln & berckp.. hah time tu pening kpla lah maknya anak x reti duk diam langsung.. mulut petah berckp bertny.. pening nk layan..😅

Baca lagi
2y ago

itulah😅 anak sy sama umur anak awak jgk.. tp blh berlari dh.. berckp pun 2 patah je.. yg dia duk fasih sebut abahnya.. "abah" & " nah" 😅