Bekerja Waktu Mengandung

Assalamualaikum. Rasa dah lama tak post tanya kat sini. Saya nak tanya. Jiran rumah saya ajak kerja jual nasi ayam di kedai makan dia. Dia baru buka kedai bulan lepas. Jadi dia tgk saya mengangur dan ajak kerja tambah duit poket. Kerja pukul 10 Pagi smapai 6 Petang. Saya skrg 5 bulan. Agak2 penat tak untuk buat kerja. Saya teringin nak kerja tapi takut tak larat.

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Masa saya 6 bulan , cuti sem . Saya balik kg tolong mak kat kedai makan sebab adik yang uruskan kedai balik penang isteri dia pun tengah sarat . Buka kedai start dari subuh sampai maghrib pun kadang baru siap kemas semua . Berdua dengan mak , adik lagi sorang tolong sekejap sekejap je . Serious talk , mental kena kuat . Saya yang badan kira kuat pun setiap hari balik nak tidur malam menangis sebab kaki sakit sangat . Walaupun kerja tak berat tapi kaki still tak mampu tampung bila awak berbadan dua . Kaki saya setiap hari bengkak padahal saya bukan jenis bengkak kaki . Lepas tu bukan bengkak je, rasa kebas lenguh semua ada.

Baca lagi
2y ago

Tapi kalau awak rasa kerja awak tak berat sangat , apa salah nya cuba .