Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Preggers
Assalamualaikum
Saya tgh buat persiapan baby. Saya nak tanya selalu mommy beli berapa pack pampers saiz newborn dan saiz s. Saya nak buat bajet siap2.
Bekerja Waktu Mengandung
Assalamualaikum. Rasa dah lama tak post tanya kat sini. Saya nak tanya. Jiran rumah saya ajak kerja jual nasi ayam di kedai makan dia. Dia baru buka kedai bulan lepas. Jadi dia tgk saya mengangur dan ajak kerja tambah duit poket. Kerja pukul 10 Pagi smapai 6 Petang. Saya skrg 5 bulan. Agak2 penat tak untuk buat kerja. Saya teringin nak kerja tapi takut tak larat.
Rasa Baby Bergerak
Assalamualaikum. Saya tgh menangis skrg. Saya baru sampai rawang. Dari sg petani, kedah. Masa dalam perjalanan pinggang saya sakit. Sesampai di rumah saya baring, saya rasa pergerakan baby yang kuat. Rasa tertonjol perut. Usia kandungan baru 17 minggu. Bahaya tak untuk kandungan saya. First time saya balik kpg lepas mengandung ni ???
Baby Rompers
Assalamualaikum. Saya sedang mengandung anak pertama. Boleh saya tahu baby rompers sesuai tak dipakaikan bagi baby yg baru lahir.
Suka Air Kelapa
Assalamualaikum. Saya nak tanya bahaya tak kalau minum air kelapa setiap hari. Masuk second trimester ni saya suka sangat air kelapa. Kalau boleh setiap hari nak minum. Kalau tak minum rasa nak mengigil.
Normal Ke
Assalamualaikum. Saya tgh pregnant 13 minggu. Tadi bersin sampai sakit kat bawah perut. Rasa tertarik urat macam mana ntah. Normal ke kalau bersin macam ni. Ada effect kat anak tak.
Zincofer
Saya nak tanya. Kalau dah makan ubat zincofer, tak perlu lagi ke makan acid folic. Saya konfius. Tak berapa faham bila doktor terang kan sebab lepas minum air gula haritu ?
Pad Selepas Bersalin
Tadi tengahari saya ada terbaca post sorg mummy ni bertanya pad apa sesuai selepas berslin. Malam ni baca artikel baru jumpa dan nak share. Tapi saya cari post dia takjumpa pulak untuk Balas jawapan. Boleh baca kat sini ye. https://my.theasianparent.com/pad-materniti
11 Tahun Menunggu Zuriat
Jiran rumah saya dah 11 tahun kahwin tapi takde rezeki anak lagi. Semalam ada sembang2 dgn dia. Dia tanya rahsia kat saya macam mana boleh lekat awal. Saya takde clue nak jawab sebab saya bunting pelamin. Taksempat nak merancang dgn suami Allah dah bagi rezeki. Kalau ada apa2 amalan untuk membantu kehamilan, sis2 boleh share sini ye. Dia dah usaha kan macam2 tapi belum buat ivf lagi.
Suami Mimpi Anak
Mohon pendapat mommies. Cerita nya begini Pagi tadi dlm pukul 5.30, saya bangun kejut suami nak pergi buang air. Memang setiap malam saya akan bangun untuk buang air. Lepas dah siap semua, suami bagitahu sebelum saya kejut dia, dia mimpi main dengan anak. Tapi dia taknampak muka anak tu. Saya dah seram masa tu. Waktu tu juga dia kata saya kat luar tgh kemas rumah. Dia dalam bilik main2 dgn anak. Dia panggil saya sebab dia rasa nak kencing sangat dalam mimpi tu. Dan dia kata dia dah buang air dekat tilam tempat saya tidor sebab taktahan. Saya cakap kat dia nape abg takpegi toilet. Tapi dia bagitau dia pun tak ingat toilet. Lepastu masa dia sedar dari tidor, dia tgk dua2 kaki dia dah terangkat. Dan dia cepat tgk kat tilam sebelah saya tido basah tak takut mimpi tu dia terbawa2 sampai betul. Masa dia bangun check tilam saya tu saya tersedar tapi mamai lagi. Saya ingatkan dia nak bangun kencing. Rupanya dia nak check takut dia terkencing atas tilam. Saya tgh mengandung 12 weeks dan anak pertama kami. Dia kata dia jarang mimpi dan mimpi tu macam real bagi dia. Dan dia kata dia pernah ingat apa dia mimpi. Tapi mimpi tadi tu dia terbayang. Sambil dia nak sambung tidor, dia cakap abg nak main dgn anak ? Anak bulan 5 2020 baru keluar ?