ANAK SUSAH NAK MAKAN

Assalamualaikum mommy².baby saya 8 bln skrg ni.tapi tiba² dia jadi tak nak makan langsung.macam² da saya masak semua dia tak nak makan.sampai rasa giveup dah nak masak.kadang jadi malas dah nak bagi dia makan.saya rasa nak bagi saya bagi.macam saya tengah makan nasi saya sumbat la nasi butir² tu bagi dia.elok pulak dia makan.saya buat cucur nak pulak dia makan.bila masak makanan dia,dia tak nak makan.saya jadi risau da sebab berat dia tak naik².tapi bmi masih cantik lagi.tapi kalau dia macam ni je susah lah saya.serius sedih sangat bila anak jadi macam ni.tengok anak² orang lain elok je semua nak makan.dah buntu tak tau nak buat macam mana lagi.anak bf.tapi saya pun jadi penat & susah nak buat kerja bila dia asyik nak bf je😓😓

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Waalaikumussalam mummy. biasanya macam ni, samada anak nak tumbuh gigi atau dia memang suka makanan yang di olah. cthnya: nasi + ayam+ sayur (nugget) nasi+ telur +sayur (pankek/dadar) nasi ayam (ball) +sup ayam. biasanya kalau sup, anak memang tak tolak. buah boleh beri dalam bentuk potongan comel,atau buat puding,aiskrim. mummy jangan putus asa, dan keep on cuba menu pelbagai utk tarik minat anak makan. tak apa, kalau anak suka makan beberapa menu yang lengkap, itu pun dah syukur sangat. yang penting anak sihat. jangan beri snack(jajan),makanan proses, dan sugary food. nanti anak akan tolak real food.

Baca lagi
5mo ago

Alhamdulillah anak da start suka mkn da skrg.mknan fav nasi dgn telur dadar.telur dadar tu sy ltk sayur dgn cheese.tq idea.nnti sy try

Waalaikumussalam. Anak saya pun dalam fasa ni puan, lagi² nak tumbuh gigi. Makanan dia, dia taknak. Makanan kita, eh dia bukak mulut pulak. Saya cuba bagi finger food buat masa ni. Boleh la sikit2 dia makan. Tapi, kalau benda2 sejuk dia suka. Macam buah, yogurt, bubur sejuk. Sebab lega gusi dia kot. Mungkin puan pun boleh cuba. Jangan give up ya 💪

Baca lagi
5mo ago

tq mummy.bukan apa kdng penat sgt rasa.dgn nak layan si abg die lagi yg mcm² ragam

Sebaya ank sy, ank sis suka tekstur ns sebutir tu, try next bg ns cmtu. Normal ank nk yg kita punya sbb rase safety. Cara saya, sy tukar pinggan dgn sudu sama mcm sy punya, br dia mkn. Hee. Takpun mknn dia ltk sblh dgn mknn sy. Sambil mkn suap dia sekali.

5mo ago

Alhamdulillah anak da mula suka mkn.nasi dgn telur dadar.pastu cucur.klu mkn mmg sendawa