βœ•

29 Balas

Aduhh.. Mummy dh salah procedure ni. Xble makan minum selepas 1st ambi drh tu. Klu x tahan sgt.. Mnum air kosong sikit then tgu 2hrs utk ambi drh seterusnya. Just bgtau nurse.. Tel kkia dh tersalah.. Terambik breakfast aftr ambi drh 1st tu. Nt nurse suruh ulang mogtt. 2-3hr sblm ambik test mummy try kurangkn carbo. Dinner sebelum start puasa utk test esok pagi tu pn.. Jgn ambik mknan manis. Kena tahan la sikit demi result mogtt yg cantik. Once disahkan GDM... Penatnya nk kena hadap doktr... Dh bersalin pn still kena mnum gula aftr 6wks. Untuk pastikan kita ni hanya GDM masa mgdng. Result normal pn still kena ambik drh setahun sekali utk pastikan kita bukan pengidap kncg manis... Sebab dh tergolong dalam geng berisiko mengidap kencing manisπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜‚

Tq mummy...nnt sy inform nurse balik

Sepatutnya xboleh breakfast dulu.tgu lepas ambik darah kali ke 2 baru boleh bukak puasa. Xpatut nurse xbagitau awal2 sis.puasa dr pukul 10mlm hanya bukak puasa selepas ambik darah kali ke 2 tu.kecuali minum air kosong je. Kalu boleh seminggu sebelum minum gula tu dah elakkan minum air bergula xkisahlah teh ke,milo ke apa2 je yg bergula.mlm sebelum minum air gula tu kalau boleh minumlah 2 or 3 liter air kosong..kalu boleh minum byk lagi minumlah. Nk elakkan muntah masa minum jgn ambik masa lama sgt nk minum paling byk 2x teguk je. Dan jgn tgu airnya dh sejuk bru minum.mesti minum masa airnya maseh suam2 tu. Lepas minum jer minum air kosong utk elakkan tekak rasa loya.itu cara saya.✌

Minum air kosong dn air limau kosong boleh selepas minum gula.. Bacaan akan cntik tapi klu awk mkn komfem lah mlambung πŸ˜‚πŸ˜‚ mcm sy haritu sbelom minum gula, check sndri kat umah gula slalu smpai 18 tapi lepas kontrol smpai date minum gula alhmdulillah 4-5 je gula sy start puasa pko 8mlm n minum air kosong bnyak, pg pko 8 mnum gula n kuar result sngat cntik 5.2 sje... N lepas balik umah tu mlmbung balik sbb x kontrol.. N skang dh sbulan sy diet kontrol gula sy 4-6 sje.. Mkn nasi tengahari je skit pastu bnyakan mkn epal hijau, air kosong 2liter 1 hari... Skang gula ok dh...

Bacaan gula mse puasa sis, mula2 tinggi ye? Tipsnye minum air kosong byk ke malam tu? Sy risau gak ni.. bacaan puasa sy tinggi juga.. lpas makan masih ok lg..

Apa yang saya tahu, kita kena puasa malam sebelum minum air gula. Last makan kul 10 malam. Pastu esok pagi gi KKIA untuk minum air gula. Nurse akan beritahu jangan makan apa-apa sementara tunggu 2 jam untuk ambil darah kali kedua. Cuma boleh minum air putih je. Tu pun sikit. Dan lepas minum air gula dan ambil darah kali pertama tu memang kena rehat sebab badan lemah. Kalau kita makan, akan ganggu keputusan bacaan nanti. Ini pengalaman saya. ☺️

Apa yang saya rasa, air gula tu memang sangatlah tak sedap. (Jujur πŸ˜…). Tapi kita kena positif kan diri minum untuk baby, untuk kita, untuk benda baik. Masa saya kena minum bulan april ritu kat KKIA, air nya suam, kena minum pagi. Saya tak boleh minum sekaligus. Saya minum sikit-sikit dan cuba bertenang. Masa dah nak habis tu rasa nak muntah. Pastu nurse suruh saya stop kejap dan minum air kosong sikit untuk redakan tekak. Pastu saya habiskan terus yang tinggal sikit tu. Tapi ada juga kawan-kawan beritahu kalau minum di swasta lebih sedap sebab ada flavour. Saya pun tak pasti. ☺️

VIP Member

Salah tu awak. Contoh esoknya kena minum air gula, malam ni awak kena puasa start dari 10 malam. Lepas tu pagi tu amik darah pertama, minum air gula. Tak boleh makan apa apa, cuma boleh minum air masak sikit je untuk hilangkan rasa gula dekat tekak tu. Tunggu 2 jam, amik darah kali kedua. Lepas amik darah kali kedua baru boleh makan & minum macam biasa.

Sy rasa sis dah silap procedure ni. Sepatutnya selagi x ambil darah yang 2nd time tu, selagi tu sis xleh makan apa2. Kalau nak minum pun. Sikit je minum air kosong. Kalau sis makan, lepastu baru ambil darah 2nd time. Mmg akan detect kencing manis. Better sis bgtau nurse. Repeat lg sekali test. Jgn sebab result x valid tu, nanti tkot ada apa2 risiko pada baby.

Nurse takkan marah sis. Cakap je sis tak tahu procedure.

Setahu sy sis..mlm b4 kene minum air gula.kene start puasa...doktor gtaw sy start pkl 12a.m dh xleh mkn or minum.esok pg2 dh kne g KK amek drh..pastu minum air gula..pastu tggu 2jam..blh minum air kosong tu pn seteguk dua je..makan xleh lgsg.kalau mcm sis,dh g breakfast,normal la bacaan tinggi melangit..hoho

Betul tu 😌

Lepas minum air gula tu.. Spatutnya xleh makan atau minum dalam jangka 2 jam... Lepas ambik darah kali kedua tu baru lah boleh makan.. Tu yg dr cakap kat sy... Sy rse bacaan dah lari sebab awak makan dan minum dah sebelum ambik darah kali kedua tu

Sy nti 16hb nie bru kna minum air gula..xtau lar knpa perlu minum air gula..first ambi darah smua ok..second p jumpa doctor trus kna bgi temujanji utk minum air gula..harap2 semua ok lar..doctor ada bgi tau kna puasa sebelum kna minum air gula

Selepas minum air gula x blh mkn apa2 sebenarnya, minum air masak je. Lepas ambil darah kali ke2 baru blh mkn. Sy pagi sebelum minum air gula, darah ok 4.8 tp lpas dua jam minum air gula naik 8.3, terus nurse ckp sangkut. walaupun sy x mkn apa apa.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan