pengalaman bersalin 3kali induce

assalamualaikum hi mommies, saya nak cerita pengalaman saya bersalin emergency czer. masa preg 38weeks+ baby saya kurang gerak, hari ke3 baby kurang gerak saya terus pergi pac. and ctg pun kurang cantik so terus admit ward. memandangkan bukaan still close, dr sarankan untuk induce, saya pun setuju. hari first duduk di ward saya kena induce ubat, lepas sejam rasa sakit sangat2. terus kena contraction yang paling cepat, kuat and kerap. lepastu dr terus kelam kabut and buang balik ubat tu cepat2. maybe ubat tu tak sesuai dengan saya, bukaan masa tu 2cm. so hari kedua dr induce belon pulak, lepas 2 jam memang saya meraung atas katil nangis2 sambil gigit selimut. dia punya sakit tu Allahu macam nak pecah rahim. yala contraction yang datang tu kan contraction paksa, bukan jadi secara natural. memang sakit gila and saya suruh dr buang terus belon tu 😭 lepas pada tu bukaan 4cm. esoknya dr terus booking labour room dan plan untuk induce drip dan pecah ketuban. bila dah dalam labour room and pecah ketuban tu, contraction makin lama makin kuat. selama 10jam saya tahan sakit kena seluk sampai berdarah darah, pada bukaan 7cm saya terpaksa emergency czer sebab jantung baby dah tak cantik dan ketuban pun dah pecah lama. masa tu saya dah nyawa2 ikan tahan sakit. and dr pun explain segala benda tentang risiko czer saya dah tak kisah dah, terus sign semua surat2 tu 😂 sakit dia Allah ja yang tau. lepastu dr terus tolak masuk bilik ot, tukar baju, cucuk ubat kebas fuhhh terus hilang segala sakit. 28/3 maka lahirlah babygirl seberat 3.15kg nampak ja anak hilang segala penat lelah rasa sakit. alhamdulillah dua2 selamat. tu la pengalaman saya tahan sakit induce 3kali last2 czer jugak 🤣 #firstmom #firstbaby

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Syukur... Samalah kita 3 kali induce dan failed. Terus emergency czer. Syukur ibu dan Baby selamat. Cuma masa induce, saya sakit setakat menonggeng di birai dan atas katil je slps induce belon. 😅Yg lain boleh tahan sakit lg. Pengalaman indah, nak kata tak indah tak sesuai sbb berakhir dgn senyuman. Huhu

Baca lagi