Tips induce belon
Assalamualaikum semua. Ada tak sesiapa yang ada pengalaman kena induce belon? Sya kelmarin kena induce. Pagi masuk kan ubat. Tapi bukaan 2cm je selepas 6 jam. So doc bagi masuk lagi belon pukul 3:30pm kelmarin. Belon tu sampai sekarang tak jatuh lagi. Mula2 lepas pasang belon tu sya rasa sakit. Sakit contraction sampai nak bergerak tak dapat. So sakit2 tu sya bawa tidur. Lepas tu, malam dalam pukul 9-10pm tu hilang/kurang rasa sakit tu. Ada pun sakit, tapi sya masih boleh tahan tak macam mula2 masa masuk belon. Sya risau la takde bukaan sebab tak rasa sakit. Normal ke tu? Ada tak yang pernah masuk belon, tak rasa sakit tapi bukaan menjadi? Minta2 la tak perlu kena induce drip 😨 doakan sya semoga dipermudahkan urusan bersalin ye. Harap2 baby keluar harini. Dah overdue sehari 🤲🏼🤲🏼#firstbaby #ingintahu #firstmom