Kapsul zincofer

Assalamualaikum, Klinik Kesihatan bagi saya ubat ni untuk makan setiap hari tp memandangkan rasanya macam zinc bila sendawa dan saya amalkan 2hari 1kali makan. Tapi bila kandungan masuk 19minggu dan bila saya makan waktu pagi (perut kosong, arahan doc) dan saya muntah. Jadi persoalan saya ubat jenis apa yang boleh menggantikan Zincofer ni? Saya mmg hanya makan ubat ni sahaja sbb doc ckp semua ada dalam kapsul ni. Tiada ubat lain, tiada vitamin C, tiada kalsium, tiada B Compleks.

Kapsul zincofer
73 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Saya dulu makan ubat ni juga KK bagi tapi lepas asyik muntah2 sampaikan next appointment BP saya rendah. Sampai 2 kali appointment bacaan bp rendah terus tukar iberet. Iberet tu tak perlu tambah apa2 ubat lagi. Semua dah lengkap dalam tu. Next appointment tu terus bacaan bp paras normal. Alhamdulillah cepat juga iberet tu.

Baca lagi