Kapsul zincofer

Assalamualaikum, Klinik Kesihatan bagi saya ubat ni untuk makan setiap hari tp memandangkan rasanya macam zinc bila sendawa dan saya amalkan 2hari 1kali makan. Tapi bila kandungan masuk 19minggu dan bila saya makan waktu pagi (perut kosong, arahan doc) dan saya muntah. Jadi persoalan saya ubat jenis apa yang boleh menggantikan Zincofer ni? Saya mmg hanya makan ubat ni sahaja sbb doc ckp semua ada dalam kapsul ni. Tiada ubat lain, tiada vitamin C, tiada kalsium, tiada B Compleks.

Kapsul zincofer
73 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Makan pada waktu malam, 2 jam selepas makan masa nak makan zinkofer tu minum dengan air juice apa2 juice pon boleh lepas tu tido terus inshallah takde apa rasa apa2. Private clinic yang advise untuk makan macam ni tapi memang berkesan dengan cara ni

VIP Member

dos ubat ni tinggi 110 mg tak silap. Memang kita akan loya dan nak muntah, cara pengambilan pulak kena minum dgn jus buah ! Then make sure mkn sebelum tidur. makan je ubat ni terus tidur, mula mula memang pening nak loya lama lama okay je. jgn fikir sgt 😊

TapFluencer

Cube makan iberet..sy dulu loya teruk jugak bile telan zincofer ni..sy makan mlm sblm tido (refer doc) tapi bgun pagi confirm muntah teruk..last2 doc tukar ke iberet sbb sy anemia..HB rendah sgt..makan ape pun still rendah..

cuba mkn ubat ni slpas 2 jam mkn nasi..minum ngn air limau..sy doc srh ambk 2 biji shari sbb drh still xcantik..mula² mkn mmg rasa nk muntah..tp nurse kt kk bgtau minum ngn air limau..mesti takde muntah n pening..

Kk bagi saya ubat ni juga sebb HB sy low.. Awal makaan tu nampak perubahan. Tapi bila dah lama consume HB sy turun mendadak ke 10.1. Tak pasal2 kena bagi sample najis dan ambil darah dua minggu sekali. Fuhh stress juga

4y ago

sama dengan sy. sy de problem darah juga rupanya doktor pakar bgitau kalau org yg masalah darah mmg hb x kn naik kalau consume zincofer. terus sy kena stop makan.

Saya pun makan zincofer memang bila sendawa je baunya adoi tak tahan tapi nurse nasihatkan saya makan pada waktu malam & minum bersama air Sunquick, kalau air lain tak boleh sebab time sedawa baunya tetap ade.

Hematinic ni memang dah ada semua vitamin2 yg diperlukan untuk ibu mengandung sis. Vic c ,b12 folic acid, zinc. Cukup lengkap. Dan dose ye tinggi sb tu ade yg mkn muntah. Minum dgn air buah insyaaAllah okey

minta pandangan doktor untuk puan amalkan vitamin iberet. saya pd awal kehamilan kk mbri zincofer dan hb mula turun mendadak saya selalu loya muntah dan doktor memberi vitamin iberet, baru saya okay.

nurse suru makan 2jam selepas makan nasi xbole 2jam sebelum sbb bole buat rasa pedih ulu hati. 2jam slps makan nasi bru sy makan ubat ne lps tu tdr kjp dan bangun isi perut sikit. in sha allah baik2 saja

saya selalu .. mkn dulu .. after 2 jam mcm tu baru mkn zinc ni (ni pon cdagan dok) .. seminggu memula mmg ad muntah2 .. skrg dah okay dahh .. mungkin badan perlukan masa sikit untuk terima bende baru ..