Kapsul zincofer

Assalamualaikum, Klinik Kesihatan bagi saya ubat ni untuk makan setiap hari tp memandangkan rasanya macam zinc bila sendawa dan saya amalkan 2hari 1kali makan. Tapi bila kandungan masuk 19minggu dan bila saya makan waktu pagi (perut kosong, arahan doc) dan saya muntah. Jadi persoalan saya ubat jenis apa yang boleh menggantikan Zincofer ni? Saya mmg hanya makan ubat ni sahaja sbb doc ckp semua ada dalam kapsul ni. Tiada ubat lain, tiada vitamin C, tiada kalsium, tiada B Compleks.

Kapsul zincofer
73 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya pun mula dapat ubat ni start 16 week macam tu. Saya ingat normal lah muntah, loya tiap hari lepas makan ubat ni. Tahan jugak walaupun muntah dekat 20biji dah makan. Tapi hari tu nurse ada call, saya pun tanya lah pasal ubat zincofer tu. Pastu nurse suruh beli obimin dekat farmasi. Alhamdulillah boleh telan obimin, sembelit pun tak ada dah. Dalam gambar ni ubat obimin saya beli dekat farmasi. Better inform nurse yang jaga tu dulu..

Baca lagi
Post reply image

Saya 2 bulan makan zincofer, mmg ada muntah2 warna pink mcm bru lpas mkn tembikai 😅 dgn bau busuk lekat kt tekak, sy igt normal.. bila crita kt dr, dr kata “itu tanda ubat xsesuai dgn bdn kita, knapa xbgtau awal, sakit badan sbb asyik muntah ja kan... kalau muntah lepas makan ubat, takut kesan ubat xdpt diserap sepeneuhnya oleh bdn” 🙊 pastu dr pun tukar ubat haematenic (ada 4 biji kecik2).. yg ni baru normal, xmuntah2..

Baca lagi

Bg sy, zincofer ni paling terbaik lg terbukti menaikkan hb darah utk sy! Sy amalkan mkn sebelum tido dgn air orange jus. Hb sy pernah drop 9.2, masa makan Maltofer. Tp bila makan Zincofer, trus naik cun 12.3. Smua ubat akan react nk muntah semasa pregy. Sb hormon akan tolak bau dan rasa. Tp utk keselamatan anak dlm kandungan dr kemudaratan, WAJIB amalkan pengambilan harian.

Baca lagi

Saya pun tak boleh mkn ubat ni, mknla cemana pun tetap muntah. Lepastu ambil new obimin, tu pun sama. Ambil sebelum tido, esok paginya muntah. Last2 makan sayur bayam, daging dengan buah jela, alhamdulillah HB okay, 11.7. skrg ni memg susah nk telan ubat sbb senang muntah. Jadi terpulang dekat individu sendiri mcm mana nk tangani 😜

Baca lagi

Sy pun mkn ubat nih masa mengandung...memang Pas mkn ubat nih, mesti macam nak muntah..tapi sy mkn juga tuk baby dlm perutt...dlm ubat nih macam2 vitamin Ada...so kita ikutkan laa...klau rasa nak muntah..Pas mkn kita minum air Manis...x de laa rasa nak muntah LG☺️☺️sy mkn laa sampai bersalin.. alhamdullilla anak sy sihat..😍

Baca lagi
VIP Member

Saya dulu makan ubat ni juga KK bagi tapi lepas asyik muntah2 sampaikan next appointment BP saya rendah. Sampai 2 kali appointment bacaan bp rendah terus tukar iberet. Iberet tu tak perlu tambah apa2 ubat lagi. Semua dah lengkap dalam tu. Next appointment tu terus bacaan bp paras normal. Alhamdulillah cepat juga iberet tu.

Baca lagi

Sebelum ni mkn obimin , tapi bila hb tak oky tukar zincofer ni bru oky. Obimin sebelum mkn. Zincofer boleh seblum atau slps . Tapi semua saya mkn mlm . Pgi buat sye pning loya . Ggl bdn . Mkn mlm oky sbb lps mkn trus pi tdo. Pastikan da mkn nsi tu jrkkn 2-3 jm bru mkn ubt plk

VIP Member

Salam, doc sy pon bg zincofer juga.. Tapi dia suruh sy makan ubat ni dgn air sunquick oren tanpa gula.. Sbb ramai yg xtahan dgn ubat ni... Kalau x boleh makan waktu pagi, makan waktu malam.. Selalunya saya makan waktu malam, lepas 2 jam waktu makan malam & terus tido..

Waalaikumsalam .. Saya pun makan ubat ini,dulu anak kedua saya mkn ubat ini asik nk muntah dan pening ...tapi skg saya mengandung 16minggu dan cuba mkn lagi,alhamdulillah dpt terima... Ubat ini saya ambk waktu nk tdo mlm spyh saya tk muntah dan pening....😊

VIP Member

Sis cuba tukar cara mkn ubt ni .. sblum ni pun sy muntah jugak .. sis try amik meal dulu .. slpas 1hour mkn, baru mkn ubat zincofer ni .. n after 1hour slpas mkn ubat .. amek smpingan utk alas balik perut sis .. alhmdullh smpai skrg sy dah xmuntah bila cuba cara ni