Scan jantina baby

Assalamualaikum. Kandungan 22 - 23 minggu dh blh nampak ke jantina baby? Hari tu scan 22 minggu dkat klinik kerajaan. Doc cakap masih blum dpt nampak jantina baby. Masuk minggu 32 baru nampak. 32 minggu tu rasa mcm lambat sgt dah nak tahu jantina.. sbb kita nak prepare n ready semua brg2 yg perlu masa melahirkan nanti. Nak beli brg gegirl..takut yg keluar tu nanti boboy pulak. 🤭

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kalau p swasta, boleh scan jantina terus.. If government nie kdg screen dia x jelas.. Mcm tempat sy hitam putih mmg x jelas.. So, p klinik swasta je.. Owh ya, nak murah.. Try check buat appointment sonobee kot area sis ada.. Boleh buat carian kat Google chrome.. Appointment online lbh murah.. Sekali gambar 1 kping RM20 je.. If x nak gambar.. RM18 je.. If walkin harga dah lain..

Baca lagi

baju baby bli lah universal sng .16week dah boleh nampak..lau x nmpk tu girl hihi,girl suke kepit..boy tunjuk pistol awal2..boleh pi swasta je kalau x sabo tunggu 32week tu..kdg doc Gomen nk cpt so die check detail perkembgan baby je pnting dulu..agitu..

Baby first saya masa 12w dia dah tunjuk dah. Saya pergi hospital swasta masatu checkup. Tapi untuk confirmkan dia kata atas 18w. Lps 18w mmg confirm gender yang sama.

Biasa kalau baby boy boleh nampak awal 😊 macam saya masa baby boy 16w dah nampak. Masa pregnant girl, 24w baru nampak. Agak lambat sikit la sebab baby taknak tunjuk 😅

sy dulu scan jantina masa 27 minggu kt KK nmpk girl tp xpuas hati tggu 31 minggu scan dekat klinik swasta terang2 boy heheh nasib baju2 baby sy beli unisex heheh🤭

jantina boleh nmpk start 18mgg. jika di KK lebih terhad sbb mesin scan dh lama. jika di swasta 11mgg pon dh boleh baca (bg juruscan profesional)

tunggu dh ckup 20 weeks ke ats, pegi scan dua klinik berbeza untk dpt 2nd opinion. bru lah yakin skit, tkot 1st scan tu kurang tepat.

Dah boleh nampak awak. Saya 20 week dah tahu. Scan swasta la tapi. Awak boleh buat gender scan kat swasta.

sy scan 16w dah nampak awak. pergi dekat swasta la scan jantina baru rm60 je. cari sonographer yg pakar

Kat kk 80 minggu pun mesin scan dia x nampak kadang🤣 sis pergi lah swasta.. tgk nnt mcm mana