Ingin meluah & minta pendapat😔

Assalamualaikum hi ibu2..ujian ni berat sgt utk sy hadap..sy nak masuk 31w pregnant..tiba2 suami hadapi masalah kewangan & masalah kenderaan utk pulang balek kerja..sekarang ni suami saya dh hilang pekerjaan kami tiada kenderaan utk kesana sini..saya terfikir mcm mana nak pergi checkup & hospital kalau tiada kenderaan . Naik grab mahal duit dh tk cukup..sy terfikir bila bersalin mintak jiran hantarkan je sebab keluarga jauh😭. Saya fkirkan nasib anak dalam perut ni😭. Saya fikirkan nasib suami saya hilang pekerjaan😭. Saya tak bekerja sbb sarat mengandung. Nak kene bayar sewa rumah lagi😭😭. #pleasehelp

16 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

dulu pkp husband sy hilang pndapatan terus..dia usha kja kedai makan bayar rm30 pukul 11 pagi mcam tu pegi balik pkul 10 mlm kadang² lewat..masa puasa husband jual air balang sy ikut skali walaupun sarat dah..lepas bsalin gadai barang kemas..tapi alhamdulillah masa tu ada kereta lagi..sy pulak jual online, jual baju, jual skincare apa semua..ada duit sikit sy beli barang baby..tak mngharap 100% duit suami sbb sy tahu dia pun penat cari rezeki..anak kedua ni dah stable duit ada ,rezeki tak pernah terputus lagi..cuma kenderaan pula takde..pegi balik klinik naik grab..sy ada masalah kesihatan sikit jadi ada yg app kt hospital..sy hanya kongsi ujian sy..tp sy tak pernah putus asa nk lahirkan zuriat kami..awak kena kuat..cari solution macam mana nak selesaikan masalah awak..doa banyak²..yg pnting usaha kalau tk usha dan duduk kt takuk yg sama awak tk dpt apa²..sy doakan awk murah rezeki, sihat and baby awk pun sihat..

Baca lagi
1mo ago

jangan lupa tau setiap anak bawak rezeki..🥰

jgn stress ya ibu. mintak husband crik kerja sementara wktu, kerja gaji hari mcm kerja kedai mkn ke or stall2 kecik tlg org niaga. boleh tgok kdai2 roti canai pagi2 ke tye ade nak pakai org ke x. dlm masa sama husband kena jugak crik kerja gaji tetap. kerja kilang pon xpe. nak bersalin byk nak pakai duit. nnti bby nak ulang alik check up. nak2 lagi kalau bby kena kuning, lagi kerap kena pg check up. kalau ibu czer nnti pulak kena pg inject ubat cair darah sehari 2kali. lps tu keperluan bby, mcm pampers baju susu incase kalau ibu xde susu bdn. keperluan ibu lagi, mcm pad utk guna lps bersalin. makan lagi. bykkan berdoa ya ibu. semoga urusan ibu dipermudahkan. insyaallah ade rezeki lebih baik utk ibu sekeluarga. teruskan usaha jgn putus asa ya.

Baca lagi

semoga dipermudahkan..Sy lgsung xde suami,kak... harap mak je nanti masa bersalin...Dan Sy cuma simpan nombor tel pakcik teksi je..skrg ulang alik klinik sorg2,,naik teksi...nanti bersalin pun mcm tulah.. contact teksi atau kenderaan grab...Sy single parents... adk brdik yg berkenderaan pun jauh tgal..Sy x kerja tetap..bsuh pingan ambk order di kedai mkn je..gaji dibyar hari.. kumpul2 duit utk bli kperluan baby nti

Baca lagi
1mo ago

Insha Allah..tq sis...semoga kte smua dipermudahkan urusan jugak ..

Ujian berat dibebani bg org2 yg mampu menghadapinya. Ujian drpd Allah utk puan dan suami lebih dekat dgn-NYA. setuju dgn komen lain. Cari kerja2 yg upah harian/ mingguan dulu buat sementara ni. Maklumkan pada tuan rumah tentang ujian ni, boleh bayar sikit2 sewa bulanan ke... dan boleh je minta tlg jiran. Jiran adalah 'keluarga' kita di kawasan perumahan kita. Mudahan Allah angkat bebanan dan gantikan dgn hikmah /sesuatu yg lebih baik drpd sisi-NYA

Baca lagi

Insha ada rezeki awak sekeluarga. Jgn putus doa & harapan. In meantime boleh saja minta husband cari keje area rumah awak. Kalau rumah apartment/ flat ke, boleh keje area mcm kedai acheh ke, kedai makan ke, kedai runcit / guard ke, untuk tanggung perbelanjaan buat sementara. Awak nk suruh jiran hantarkan masa bersalin nnt boleh je, tp x kn la x bg duit minyak kan. Kena bg juga walaupun sikit.

Baca lagi
VIP Member

Nmpk mcm cliche sy nak pesan ni, banyakkan istighfar. InsyaAllah Allah akn bentang jalan keluar buat hamba hamba Dia yg bertaubat. Allah uji sebab Allah sayang awk. Awk kuat ya. Awk mampu. Bykkn berdoa kat Allah dan cuba usaha. Allah tak pernah lena kalau kita minta tolong. Jangan give up.. semoga Allah ringankan ujian awk. Moga Allah pelihara rezeki awk dan suami. Amiin amiin amiin..

Baca lagi
TapFluencer

Waalaikumsalam mommy. MasyaAllah moga mommy kuat hadapai dugaan ni ya. Mungkin kena pindah rumah keluarga buat sementara suami dapat kerja lain. Kalau macam situation saya dan suami terpaksa berkorban tak menyewa rumah. So nak bagi stabilize kewangan lepas kahwin memang makan masa. Kena banyak doa. Jangan terlalu stress ye mommy since tengah pregnant kan.

Baca lagi

Allah nyatakan dalam Al-Quran tiada ujian yg diturunkan kepada hambaNya kecuali yang hambaNya mampu menghadapinya. Sesungguhnya dgn setiap ujian daripada Allah SWT akan diangkat darjat seseorang lebih dekat kepadaNya. Moga bersabar menghadapi ujian ni

Moga dipermudakan semua sis , Banyak banyakkan berdoa Saat ii cabaran dtg , saat inilah kena byk dekatkan diri pada tuhan Saling membangun antara satu sama lain 💓 sy percaya tuhan akan buka jalan dan mempermudahkan

Baca lagi

semoga dipermudahkan urusan.. kita sesama dalam keadaan susah sekarang.. semoga kehadiran baby bagi rezeki lebih buat puan sekeluarga..